Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Khairy ‘Pujuk’ Nurul Izzah

KUALA LUMPUR - Selepas ‘riuh’ berita Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai Naib...

Lelaki Parah Ditembak Disangka...

PARIT - Akibat disangka babi hutan, seorang lelaki parah selepas terkena tembakan yang...

Bersukan Sambil Beramal, FitMalaysia...

KANGAR - Program #FitMalaysia peringkat negeri Perlis yang diadakan di Institut Kemahiran Belia...

12,017 Kes Baru Direkodkan,...

COVID-19 | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 12,017 lagi kes baru Covid-19 semalam...

Penganggur Didenda Cuba Curi Barang Dalam Kereta

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur didenda RM2,500 atau empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah cuba mencuri barang-barang di dalam sebuah kereta milik seorang lelaki.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Wong Tuck Wooi, 43, yang melakukan kesalahan itu di dalam kenderaan milik S. Sivabalan yang diletakkan di persimpangan keluar Petronas Batu 5 ½ Cheras di sini pada 4.30 pagi, 15 September lepas .

Pendakwaan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda atau dengan kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum manakala Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Nordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian mangsa yang sedang bekerja ternampak tertuduh menaiki motosikal telah berhenti di hadapan kereta milik mangsa.


Mangsa terlihat tertuduh mengeluarkan sepana dan bertindak memecahkan cermin hadapan kereta mangsa lalu dia membuat laporan di balai polis berdekatan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori