Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Berita Viral Acappan Sudah...

HARI ini media sosial dikejutkan dengan berita bahawa pelawak Acappan sudah memeluk agama...

Boleh Ziarah Kubur, Tapi...

KUALA LUMPUR - Aktiviti ziarah kubur pada Hari Raya dibenarkan tetapi orang ramai...

Piala Suzuki AFF Final...

SEPANG - Pemain pertahanan skuad Harimau Malaya, Mohamad Fadhli Mohd Shas memohon maaf...

PRK Rantau: Keluarga Tak...

REMBAU - Gerak kerja UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Pengusaha Dobi Mohon Maaf Patut Diterima Baik

PUTRAJAYA – Tindakan seorang pengusaha kedai perkhidmatan cuci pakaian di Muar, Johor memohon maaf dan menarik semula keputusan membuka perkhidmatan tersebut hanya kepada orang Islam patut diterima dengan baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan itu juga sejajar dengan pandangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurutnya kebimbangan Sultan Johor bahawa tindakan pengusaha itu akan membawa kepada imej lslam yang sempit, bertentangan dengan hasrat negara membentuk satu masyarakat yang bersatu, harmoni, sederhana dan toleran adalah berasas.

“Kerajaan akan terus komited untuk menegakkan ajaran lslam yang sebenarnya di samping melindungi kepentingan kaum lain sebagaimana yang dituntut lslam,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Najib, sebagai sebuah negara Islam yang mendukung Wasatiyyah dan memperjuangkan Maqasid Syariah, Malaysia akan kekal sebagai sebuah negara Islam yang sederhana, dengan mengamalkan cara hidup sederhana yang telah diamalkan sejak merdeka.

“Saya yakin umat Islam akan terus menegakkan perjuangan ini kerana kita semua ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang berjaya, dihormati dan menjadi contoh kepada negara lain,” kata Najib.


Sejak minggu lepas, gambar kedai dobi itu tular di media sosial apabila dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci pakaian di premis itu.

Tindakan pengusaha dobi tersebut ditegur oleh Sultan Ibrahim yang bertitah agar konsep perniagaan itu diubah atau Baginda sendiri akan mengambil tindakan.

Susulan itu, pengusaha terbabit bertindak memohon maaf dan dilaporkan telah menurunkan papan tanda ‘Mesra Muslim’ di premisnya sejak pukul 10 pagi tadi. – BERNAMA

Kategori