Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

SPRM Letak Pegawai Di...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menempatkan pegawainya di Cameron Highlands,...

Platform Khusus MyDigital Bakal...

KUALA LUMPUR - Satu platform khusus bakal diwujudkan bagi membolehkan inisiatif MyDIGITAL di...

Kabinet Tubuh Pasukan Siasat...

KUALA LUMPUR - Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas untuk menjalankan...

Kru Malindo Air Ditangkap...

SYDNEY - Seorang kru kabin syarikat penerbangan Malaysia adalah antara lapan yang ditangkap...

Peniaga Pasar Tukar Laman Rumah Jadi ‘Medan Perang’

KUALA BERANG – Seorang peniaga pasar malam sanggup berhabis lebih RM3,000 untuk menukar perkarangan rumahnya menjadi seolah-olah medan pertempuran pada zaman sebelum merdeka.

Mohd. Rahudin Zakaria, 44, dari Kampung Getang membina mini replika Balai Polis Bukit Kepong, helikopter dan kereta kebal untuk mewujudkan semangat patriotisme menjelang Hari Malaysia tidak lama lagi.

“Setiap tahun saya pasti menghias rumah kami dengan Jalur Gemilang pada awal Ogos untuk menyambut Hari Kebangsaan sehinggalah akhir bulan ini sempena untuk Hari Malaysia 16 September.

“Namun pada tahun ini, kami sekeluarga tampilkan kelainan dengan hiasan bertemakan zaman sebelum merdeka untuk mengimbas semuka kesusahan generasi terdahulu memperjuangkan kemerdekaan tanah air,” katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.

Rumah Mohd. Rahudin itu adalah antara 111 rumah yang menyertai pertandingan akhir Syukurnya Negaraku Merdeka (Senyum) anjuran Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang.

Ia menawarkan empat hadiah kereta sebagai hadiah utama dan cabutan bertuah selain hadiah sampingan seperti set sofa, peti sejuk, penyaman udara dan televisyen serta pelbagai hadiah saguhati.

Penganjur turut menyediakan untuk kesemua 111 peserta itu sebagai menghargai komitmen mereka yang sangat kreatif dalam menampilkan hiasan terbaik untuk pertandingan tersebut.

Menceritakan lebih lanjut, anak Mohd Rahudin, Fatihah Nabila, 22, berkata mereka sekeluarga banyak menonton filem patriotik seperti Leftenan Adnan dan Bukit Kepong untuk merealisasikan hasrat menukar rumah menjadi medan perang sebelum merdeka.

“Walaupun saya sendiri tidak hidup di zaman itu namun saya dapat menghayati kesusahan generasi terdahulu yang sanggup berkorban harta dan nyawa demi negara tercinta.


“Saya berharap usaha kecil kami ini dapat menyuntik semangat generasi muda agar lebih menghargai kesejahteraan dan kemakmuran negara yang ada sekarang kerana ia diperoleh hasil air mata dan titisan darah nenek moyang kita,” katanya.

Pelajar jurusan Biologi di Universiti Teknologi Mara Jengka itu juga sangat gembira kerana dapat memanfaatkan cuti semesternya untuk membantu keluarganya menghias rumah mereka dengan idea unik dan kreatif.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata beliau begitu kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan semua peserta dalam pertandingan yang julung kali diadakan itu.

“Kita lihat sendiri kesungguhan keluarga ini yang sanggup berpakaian seragam berwarna hijau dengan tema ketenteraan. Terserlah keikhlasan mereka dalam menghayati Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia kali ini.

“Saya terharu walaupun dengan pendapatan sebagai peniaga pasar malam sahaja, mereka telah menunjukkan satu semangat luar biasa dan bekerjasama satu keluarga untuk menampilkan hasil yang sangat unik dan kreatif ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori