Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Positif Koronavirus 30...

BEIJING - Seorang bayi di Wuhan dilaporkan positif koronavirus hanya 30 jam selepas...

Dari Seorang Pengutip Sampah...

SAO PAULO - Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Barangkali...

NGO Minta PKR Lihat...

KUALA LUMPUR - Kelab Akar Umbi PKR hari ini meminta pucuk pimpinan parti...

Sarjan Polis Dipenjara 2...

IPOH - Seorang sarjan polis dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM35,000...

Penternak Lembu Tetak Penjual Daging Direman 7 hari

MELAKA – Seorang penternak lembu direman 7 hari bagi membantu siasatan kes seorang penjual daging maut dipercayai ditetak dengan parang ketika sedang memotong daging di kedainya di kawasan perniagaan Felda Chemplak, Labis, dekat Segamat, Johor semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata reman hingga 7 September itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret Muar Noriza Mohamed di Mahkamah Majistret Muar, Johor hari ini.

“Suspek berusia 45 tahun itu, yang dipercayai jiran mangsa, ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Raub menyeru masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, suspek dipercayai menetak leher kiri mangsa dengan parang menyebabkan dia mengalami kecederaan parah.


Penduduk kampung serta pekerja mangsa kemudian membawa mangsa ke Klinik Kesihatan sebelum disahkan meninggalkan dunia. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori