Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Buka Hijab Ketika Berlakon,...

SIAPA tak kenal dengan pelakon Zarina Zainuddin yang dilihat cukup tabah membesarkan anaknya,...

Gempa Bumi Sederhana Melanda...

KUALA LUMPUR -  Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Richter melanda kawasan sempadan...

Dakwat Kekal: Mejar Zaidi...

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didapati bersalah oleh...

Qi Razali Ditegur Pakai...

JIKA beberapa hari lalu, pengacara Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Zizan Razak ditegur kerana...

Penunggang Maut Motosikal Lawan Arus Langgar Kereta

BUTERWORTH – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang secara melawan arus melanggar sebuah kereta di Kilometer 0.9 susur Jambatan Pulau Pinang arah George Town, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kemalangan pukul 12 tengah hari itu, Ng Kong Cheong, 53, menunggang motosikal secara melawan arus dari George Town menghala Perai melanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun dari arah bertentangan.

“Kereta jenis Honda Accord itu tidak sempat mengelak motosikal mangsa dan berlaku pelanggaran menyebabkan penunggang motosikal berkenaan terpelanting, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan mati di tempat kejadian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

Polis masih menyiasat punca sebenar lelaki yang berasal dari Taman Chai Leng, di sini dan bekerja sendiri itu menunggang melawan arus.


Kemalangan itu turut menyebabkan kesesakan teruk kira-kira lima kilometer di laluan berkenaan. – BERNAMA

Kategori