Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas Kaji Sosma...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji...

Upload Gambar Berdoa, Netizen...

NAMA Joy Revfa sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi oleh kerana isu pergolakan rumah...

Cuaca Buruk Tidak Halang...

GEORGE TOWN - Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) 2018 hari ini berjaya...

TMJ Tak Minat Terajui...

KUALA LUMPUR - "Saya tidak berminat untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),"...

Perak Harap Tiada Caj Parkir Di Stesen Kereta Api

IPOH – Kerajaan negeri Perak meminta Perbadanan Aset Keretapi (RAC) supaya mempertimbang atau menangguhkan sementara cadangan untuk mengenakan caj tempat letak kereta di stesen kereta api seluruh negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pertimbangan semula atau penangguhan itu penting bagi membuat kajian secara terperinci untuk mengelak sebarang keresahan terhadap masyarakat.

Selain itu, katanya ia juga dilihat tidak selari dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

“Isu ini akan beri impak atau imej tidak baik kepada perkhidmatan kereta api. Mereka (perbadanan) patut berikan kemudahan (tempat letak kereta) kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta api.

“Saya harap pihak perbadanan pertimbang semula caj parkir ini kerana tak mungkin itu sahaja sumber pendapatan mereka,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya difahamkan RAC akan mula mengenakan caj tempat letak kereta di Stesen Tanjong Malim esok.


Selain itu, Zambry berkata mesyuarat Exco pada hari ini sebulat suara memohon kepada masyarakat di seluruh Perak khususnya di bandaraya Ipoh agar sama-sama menjaga kebersihan.

“Ada laporan lori kecil buang sampah di kawasan berhampiran tepi jalan dan ini tidak bertanggungjawab, sangat menyedihkan,” katanya.

Zambry berkata masyarakat juga tidak seharusnya hanya meletakkan tanggungjawab menjaga kebersihan kepada kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan semata-mata. – BERNAMA

Kategori