Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Bapa Aktivis Adam Adli...

BAPA kepada aktivis pelajar Adam Adli, Abd Halim Abdul Hamid dilaporkan meninggal dunia...

Shahrizat Tolak Pelawaan Tanding...

IPOH - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengesahkan tidak...

Lelaki Maut Kereta Dipandu...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Bezza dipandunya merempuh batu...

Peringatan Semua Parti Politik...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam Pilihan...

Peranti Semak Status Kawalan Imigresen Di KLIA

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen akan memperkenalkan peranti yang akan membolehkan orang ramai menyemak status kawalan imigresen masing-masing di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang bulan depan.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata peranti tersebut boleh digunakan para penumpang secara sukarela sebelum turun ke kaunter imigresen di KLIA.

Sebelum ini, rakyat Malaysia boleh menyemak secara dalam talian status kawalan imigresen mereka di portal rasmi Jabatan Imigresen iaitu http://sspi2.imi.gov.my sebelum mereka berangkat ke luar negara.

“Peranti itu bertujuan mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen yang disebabkan pelbagai faktor seperti sekatan akibat kegagalan segelintir penumpang membayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jika penumpang menghadapi masalah dengan agensi seperti LHDN, mereka boleh menguruskan isu tersebut dengan pegawai lembaga itu sebelum berlepas ke luar negara,” katanya kepada Bernama ketika ditemui sebelum program Ruang Bicara siaran Bernama News Channel di sini, malam ini.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan membuka kaunter pemudah cara bagi menyelesaikan isu sekatan ke luar negara di lapangan terbang kendaliannya.


Menurut Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali, usaha itu melibatkan kerjasama Jabatan Imigresen, LHDN dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta agensi berkaitan.

Menyentuh hal lain, Mustafar berkata sistem pagar automatik di KLIA akan melalui proses penambahbaikan dengan teknik pengenalan retina yang sedang dalam perancangan Jabatan Imigresen. – BERNAMA

Kategori