Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

11 Ekor Gajah Putih...

BANGKOK - Sebelas ekor gajah putih yang dibawa dari Ayutthaya memberi penghormatan terakhir...

TKC Terima Bas Sumbangan...

NILAI - Kolej Tunku Kurshiah (TKC) hari ini menerima sebuah bas sumbangan Perdana...

Cristina Suzanne Enggan Kongsi...

PELAKON kacukan yang jelita, Cristina Suzanne enggan berkongsi sebarang entri berbaur peribadi menerusi...

Anak Melayu Wakili Malaysia...

SEORANG model berketurunan Melayu terpilih mewakili Malaysia dalam program realiti Asia's Next Top...

Peringatan Untuk Semua, Amy Adakan Majlis Tahlil

SEBELUM ini, penyanyi rock terkenal Amy Search ada memuat naik satu gambar beliau pernah bersama-sama dengan pelajar di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah suatu ketika dahulu.

Legenda rock tersebut juga telah menzahirkan perasaan simpatinya kepada mangsa yang telah terkorban.

Baca: Artis Tempatan Kongsi Rasa Sedih Kebakaran Pusat Tahfiz

Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman juga dikatakan telah mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk anak-anak syurga yang telah terkorban dalam kebakaran pada Khamis lalu.

Penyanyi lagu malar segar Isabella ini malah juga merupakan pemilik sebuah sekolah tahfiz di Sungai Buloh, Selangor iaitu Al-Bayan School of Quran & Hadith.

Pelajar-pelajar tahfiz berkenaan difahamkan pernah berkunjung ke rumah Amy bagi menghadiri jemputan majlis kesyukuran yang diadakan di rumahnya tidak lama dulu.


Majlis tahlil dan bacaan Yassin itu telah diadakan di pusat tahfiz miliknya di Sungai Buloh itu sebagai menghormati pemergian anak-anak syurga yang terkorban ketika kemusnahan pusat tahfiz tersebut.

“Ya Allah aku tak bisa menolak segala ketentuan mu, jika itu yang amat terbaik buat mu. 🙏@albayansoqh + malam tadi tahlil dan doa selamat. Bercerita kisah tragedi kemalangan yang sangat tragis itu pada anak2 di Al bayan dan juga penting prosedur keselamatan,” tulisnya di ruangan kapsyen gambar tersebut.

Amy juga mengatakan bahawa apa yang telah terjadi ini telah memberi pengajaran kepadanya sendiri sebagai pemilik pusat tahfiz agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan pelajar dan pusat tahfiz itu sendiri. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori