LIMA – Kerajaan Peru pada Isnin mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara sebagai seorang yang tidak diingini di Peru, susulan pelancaran ujian nuklear negara itu.
Menurut Kementerian Luar Negeri, Duta Besar Korea Utara, Kim Hak-chol dilaporkan telah lima hari meninggalkan Andes.
Keputusan itu juga sebagai tindak balas terhadap pelanggaran berulang dan terang-terangan Korea Utara terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Peru juga membantah keengganan Korea Utara untuk mematuhi seruan berterusan masyarakat antarabangsa agar menghormati undang-undang antarabangsa serta menamatkan program nuklearnya.
Selain itu, Peru juga akan mengurangkan diplomat di Kedutaan Korea Utara daripada enam kepada tiga orang. – BERNAMA