Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ibu Tunggal Disamun Dan...

KOTA KINABALU - Seorang ibu tunggal disamun dan dirogol di kawasan semak di...

Sultan Perak Tegur Orang...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur sikap segelintir orang...

Ditangkap Ketika Curi Barang...

KUALA KANGSAR - Padah mencuri! Itulah yang dialami seorang lelaki apabila dia ditangkap...

Mayat Hampir Reput Ditemui...

BANTING - Mayat seorang lelaki yang berpakaian lengkap ditemukan dalam keadaan terapung di...

Peserta Kembara Bertakafur Insiden Pelajar Tahfiz Maut

MAKKAH – Peserta Kembara Inspirasi Haji bertafakur seketika mengenangkan 23 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang maut akibat kebakaran awal pagi tadi.

Mereka turut mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh mangsa yang terkorban dan urusan pengembumian jenazah dipermudahkan.

Keadaan pilu menyelubungi suasana ruang makan di hotel tempat peserta menginap di sini apabila seorang peserta kembara Muhammad Shahuri Zainuddin mengetuai doa dan bacaan Al-Fatihah yang turut disertai beberapa jemaah haji Malaysia lain dan dari Indonesia yang sedih setelah diberitahu mengenai kejadian itu.

Muhammad Shahuri yang menghantar anak lelakinya berusia 13 tahun ke Pusat Tahfiz di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor turut meluahkan kerisauan kerana keadaan asrama pusat tahfiz anaknya itu memang tidak mempunyai ciri keselamatan.

“Saya berdoa agar ia tidak berlaku pada pusat tahfiz anak saya. Mereka ketandusan kewangan dan biayai perkara yang termampu sahaja,” katanya bila ditanya mengenai keadaan pusat tahfiz anaknya itu.

Muhammad Shahuri berkata ketika ini pusat tahfiz anaknya itu bercuti dan beliau akan berjumpa dengan pihak pengurusan untuk berbincang mengenai aspek keselamatan di pusat tahfiz itu yang tidak mengenakan sebarang bayaran kerana dibiayai oleh orang perseorangan.


Dalam pada itu Pengarah Projek Kembara, Khir Ariffin berkata peserta kembara mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka sentiasa tabah dalam melalui ujian besar yang tidak dijangkakan.

“Kepada keluarga dan waris banyaklah bersabar, setiap ujian Allah SWT beri, kita kena yakin dan percaya Allah memilih mereka yang mampu memikulnya. Ada yang lebih baik yang Allah akan gantikan. Anak anak tahfiz ini menunggu anda di pintu syurga, teruskan berdoa dan lihat kejadian itu daripada segi hikmah ujian, ” katanya mengulas kejadian itu.

Menurut Khir, banyak insiden kebakaran melibatkan pusat tahfiz dan tiba masa agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta masyarakat sama-sama mengambil peduli dan langkah berjaga-jaga agar ia tidak berulang.

Peserta kembara yang telah mengembara sejauh 14,700km melalui jalan darat dari Kuala Kumpur merentasi Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran dan Dubai dan kemudian ke Jeddah dengan menaiki kapal terbang untuk menunaikan haji akan menyambung perjalanan ke Madinah esok. – BERNAMA

Kategori