Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Latih Anak Kecil Puasa,...

BEBERAPA hari sahaja kita bakal menyambut Aidilfitri selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan,...

Cabul Penumpang Dalam Tandas,...

HONOLULU - Sebuah pesawat Japan Airlines terpaksa berpatah balik ke Honolulu selepas seorang...

Malaysia Perlu Terima Kemasukan...

KUALA LUMPUR - Pemuda DAP (Dapsy) mahu kerajaaan menambah baik layanan yang diberikan...

Kenapa MoU MIDA, CCCC...

KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng diminta menjelaskan dakwaan berhubung pemberian tanah dan...

Pesta Tarian Gay Besar Besaran Di Kuala Lumpur

SEPERTI yang mungkin ramai tahu, pada bulan Ramadan lalu, satu acara songsang telah diadakan di Kuala Lumpur, iaitu Big Gay Iftar.

Semakin hari kelompok pengikut amalan sesat sejak zaman kaum Nabi Luth ini semakin melampau!

Kali ini, golongan LGBT semakin melampau apabila satu pra-pesta muzik gay yang terbesar di dunia bakal diadakan di Kuala Lumpur hujung bulan ini.

Parti digelar sebagai ‘White Party BKK Warm UP’ yang mana lokasi kegiatan haram itu pada 30 September ini dekat Rooftop GTower, Kuala Lumpur.

Pesta muzik gay besar-besaran itu dianjurkan khas oleh pihak Divine Bliss Malaysia yang mana mereka juga menjemput kesemua ahli komuniti LGBT serta golongan gay dari seluruh dunia untuk memeriahkan acara mereka.

Difahamkan bahawa pesta ini dicetuskan oleh golongan veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc., juga satu syarikat penganjuran konsert dan festival terkemuka Thailand serta turut bekerjasama dengan Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

Lihatlah, betapa beraninya golongan ini mengadakan acara terbuka seperti ini. Sasaran tetamu mereka ialah lelaki yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

Mengikut maklumat, satu acara parti gay pernah dilancarkan di Bangkok, Thailand pada sambutan tahun baru lalu.

Acara yang berlangsung selama tiga hari berturut itu juga dihadiri oleh ribuan orang yang meraikan festival tahun baru itu sekali gus menjadikan ia sebagai parti gay terbesar di Asia.

Kali ini, pihak White Party dengan beraninya akan mengadakan pesta haram itu di negara kita.

Nama lain bagi parti ini ialah AGM, iaitu Annual Gay Meeting! Yang mana acara ‘warm up‘ akan di adakan di sini dan acara kemuncal bakal diadakan di Bangkok, Thailand.


Tiket yang dijual bermula dengan harga RM712 sehingga RM1069.

Lebih melampau ialah acara kemuncak yang bakal diadakan di Bangkok pada 28 hingga 31 Disember ini juga mempunyai pakej termasuk tempat tinggal di hotel mewah St. Regis Bangkok.

Mungkin kalau tengok di laman web rasmi parti ini, tiada yang melampau, cuma ada acara menari dan persembahan sahaja.

Tapi apakah yang akan terjadi selepas tamatnya parti ini?

Acara ‘opening‘ akan diadakan di Kuala Lumpur. Bagaimana agaknya sambutan di Kuala Lumpur? Adakah kita akan nampak muka anak Melayu yang beragama Islam di pesta haram itu nanti?

Golongan songsang ini seakan-akan tidak menghiraukan undang-undang di negara kita. Kalau sungguh pun mereka menyokong golongan LGBT, ianya tidak semestinya harus diadakan di negara kita.

Namun siapakah yang bertanggungjawab untuk memberi kebenaran kepada mereka bagi mengadakan parti songsang seperti ini atau adakah mereka menganjurkan sendiri secara haram tanpa pengetahuan pihak berkuasa?

Sampai bila kita nak biarkan golongan gay atau LGBT ini berleluasa di negara kita sampai ada pihak yang berani menganjurkan acara parti liar ini di Malaysia? – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori