Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pelancaran Hikayat Misa Melayu...

IPOH - Pelancaran Hikayat Misa Melayu oleh Sultan Nazrin Shah bersempena istiadat pertabalan...

SKMM Siasat Pihak Hina...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan ke atas...

Sikap Pentingkan Diri Rugikan...

KUALA LUMPUR - Sikap ketua cawangan dan bahagian Umno yang mementingkan diri sendiri...

Menantu Osama, Abu Ghaith...

NEW YORK - Menantu Osama bin Laden dan bekas jurucakap Al-Qaeda dihukum penjara...

Pesuruhjaya Tinggi PBB Kritik Dasar Pelarian Hungary

BUDAPEST – Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian mengkritik dasar Hungary kerana negara itu dilihat seolah menyekat permohonan perlindungan suaka, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Pada pertemuan dengan Menteri Luar Negeri PĂ©ter SzijjártĂł dan Menteri Dalam Negeri Sandor Pinter, Pesuruhjaya Tinggi Fillipo Grandi, menegaskan mengenai kebimbangan pemohon suaka yang ditempatkan dalam satu kawasan yang dipanggil “zon transit”.

“Saya merasakan keseluruhan sistem sekadar direka untuk menempatkan mereka yang lari daripada peperangan serta penganiayaan sebaliknya menghalang mereka membuat tuntutan suaka secara sah,” katanya.

Pada Mac, Hungary dilaporkan berkata, negara itu tidak akan menerima pelarian yang dihantar oleh negara Kesatuan Eropah lain.

Langkah Hungary memperkuatkan kehadiran tentera dan polis di sempadan juga dilihat sebagai langkah menentang pelarian.


Pada 2015, negara berkenaan turut memasang pagar dawai di sempadannya dengan Serbia dan Croatia untuk menyekat kedatangan pelarian.

Di samping itu, Hungary melaksanakan hukuman lebih berat termasuk penjara kepada mereka yang masuk secara haram dan mengumumkan keadaan kecemasan di kawasan sempadan. – BERNAMA

Kategori