Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lebih RM348 Juta Dikutip...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM348.46 juta berjaya dikutip melalui insentif diskaun bayaran balik...

Jatuh Eskalator: Mangsa Tunjuk...

KANAK-kanak perempuan yang terjatuh dari eskalator di sebuah kompleks beli belah di Bukit...

JBPM Perkemas SOP, Tingkat...

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam proses memperkemaskan Standard Operasi...

Makmal Proses Heroin Dibongkar...

GEORGE TOWN - Sepuluh lelaki dan dua wanita ditahan manakala pelbagai jenis dadah...

Petani Muda Digalak Anggotai Pertubuhan Peladang

PEKAN – Golongan petani muda digalakkan mendaftar dengan Pertubuhan Peladang di kawasan masing-masing bagi memudahkan mereka menerima bantuan dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan.

Pengerusi Peladang Muda Kebangsaan Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad berkata setakat ini bilangan anggota yang mendaftar daripada golongan tersebut masih belum mencukupi dan tidak mencapai kuota dikehendaki.

“Kita amat menggalakkan golongan muda untuk terjun ke bidang pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan negara dan mereka yang sudah melaksanakannya pasti memerlukan sokongan untuk berjaya.

“Dalam usaha itu, kerajaan menerusi Pertubuhan Peladang Negeri dan Kawasan sedia menghulurkan bantuan dalam pelbagai aspek antaranya pinjaman, khidmat nasihat dan tanah untuk dimajukan.

“Setakat ini hanya 125,000 orang yang telah mendaftar dan sasaran kita ialah untuk mencapai keahlian seramai 300,000 orang menjelang tahun 2020,” katanya kepada pemberita selepas Program Kemuncak Kerjaya di Bangunan UMNO di sini hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Peramu Jaya Datuk Seri Sh. Mohd Puzi Sh Ali serta lebih 150 pelajar daripada 20 buah sekolah sekitar Pekan.

Antara aktiviti yang dijalankan pada program berkenaan ialah sesi motivasi, pengenalan kepada bidang pertanian dan taklimat daripada wakil Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta TAJ International College.


Ahmad Mukhriz berkata pihaknya juga kini giat memberi pendedahan kepada golongan muda mengenai prospek menyertai bidang pertanian yang dilihat semakin mendatangkan pulangan lumayan.

“Jika dahulu pendapatan petani mungkin tidak banyak tetapi sekarang mereka boleh meraih antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan jika dilakukan dengan betul dan antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini ialah disebabkan penggunaan teknologi canggih seperti dron dan jentera pertanian moden selain teknik penanaman lebih baik seperti fertigasi.

“Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan bagi sektor ini begitu besar dan amat merugikan jika golongan muda di negara ini tidak merebutnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori