Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Exco DAP Tak Setuju...

PULAU PINANG - Chong Eng tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menurunkan dua...

39 Kes Peguam Tipu...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sedang menjejak 21 peguam yang...

“Kereta Saya Digesel, Dia...

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial rakaman kekecohan melibatkan sekumpulan lelaki dengan...

Warga British Derma Organ...

SEORANG lelaki warga British berusia 49 tahun yang meninggal dunia di China akibat...

Piala Malaysia: Perak Tak Gentar Jumpa JDT

IPOH – Perak tidak gentar untuk menghadapi tentangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 di sini yang dijadual berlangsung pada 14 Oktober depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata walaupun menyedari JDT bukan calang-calang pasukan, namun rekod turut membuktikan bahawa The Bos Gaurus pernah meraih beberapa kemenangan sewaktu berdepan skuad Harimau Selatan itu.

“Kalau ikut rekod pertemuan dengan JDT, daripada sudut perlawanan 50-50. Perak pernah menang di Ipoh dan mereka pun agak sukar nak tewaskan kita di Johor.

“Jadi jika para pemain boleh kekalkan momentum dan ‘mood’ seperti perlawanan suku akhir kedua dengan Pahang, insyaAllah kita boleh melangkah ke akhir,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres tahunan PAFA kali ke-59, 2017 di sini, hari ini.

Beliau berkata sokongan puluhan ribu penonton juga amat diharapkan bagi memastikan Perak layak buat kali pertama ke perlawanan akhir sejak 2007.

“Kita mahu para penyokong dari seluruh pelusuk negeri turun beramai-ramai kerana ia penting untuk meniup semangat para pemain supaya beraksi dengan moral kemenangan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat PAFA Ahmad Shahrul Azhar Sofian berkata komitmen dan daya juang seperti yang ditonjolkan dalam perlawanan suku akhir menentang Pahang, Ahad lalu perlu bagi merealisasikan hasrat untuk layak ke perlawanan akhir.


Katanya walaupun mengakui kekuatan JDT, namun kelebihan beraksi di hadapan penonton sendiri pada aksi separuh akhir pertama nanti tidak harus dilepaskan skuad The Bos Gaurus untuk melakar kemenangan.

Mengulas mengenai Liga Super 2017, beliau berkata sasaran berada di kedudukan keempat atau kelima dilihat realistik berdasarkan prestasi dan kedudukan semasa pasukan dalam liga.

“Sekarang kita berkedudukan keenam dan jika kita berjaya meraih mata penuh dalam dua perlawanan terakhir liga, mungkin kita boleh raih tempat keempat atau kelima,” katanya. – BERNAMA

Kategori