Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Permintaan Senarai Hitam...

BANGI – Jabatan Imigresen Malaysia akan menyenaraihitamkan nama Presiden UMNO Datuk Seri Dr...

Kedinginan Cameron Highlands ‘Hilang’...

CAMERON HIGHLANDS - Bila sebut tentang percutian ke Cameron Highlands pastinya masing-masing membayangkan...

Tanpa Kaki.. Ecah Ceria...

MASIH ingat pada Siti Nuraisyah Sahrin, 13; atau lebih dikenali sebagai Ecah yang putus...

Rusia Adakan Latihan Perang...

RUSIA akan mengadakan latihan ketenteraan melibatkan 300,000 anggota bulan depan, latihan terbesarnya sejak...

Piawaian Keselamatan Wajib Ditepati, Kata Anwar

KUALA LUMPUR – “Walaupun dipercayai wujudnya unsur khianat, namun piawaian keselamatan wajib ditepati,” kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Anwar yang sedang merengkok dalam penjara kerana kesalahan meliwat menyambut baik usaha kerajaan Selangor untuk melaksanakan audit tahap keselamatan keatas maahad-maahad tahfiz di seluruh Selangor.

Beliau turut berharap penangkapan tujuh remaja yang dipercayai terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut dapat merungkai bagaimana kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifaqiyah boleh terjadi.

“Saya gesa pihak kerajaan ambil langkah lebih serius dan menyeluruh termasuk mengumumkan jumlah maahad tahfiz yang tidak berdaftar dengan agensi bertanggungjawab.

“Jumlah maahad tahfiz yang beroperasi di premis tanpa permit atau kelulusan bomba dan langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan kejadian seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya dalam satu kenyataan media yang disiarkan oleh Biro Komunikasi PKR hari ini.

Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengumumkan kerajaan Selangor akan melaksana audit keselamatan keatas maahad-maahad tahfiz di Selangor.


Ia berikutan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan puluhan nyawa pelajar pusat tahfiz tersebut

Kenyataan Mohamed Azmin meresahkan sebilangan pengendali pusat tahfiz di Selangor kerana audit itu dikhuatiri bertujuan menutup pusat-pusat tahfiz yang daif di negeri itu ekoran kekurangan peruntukan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori