Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mayat Misteri Dalam Parit

Ampang Jaya : Mayat lelaki tempatan ditemui terbaring di dalam parit di Pandan...

Maha Vajiralongkorn Rasmi Raja...

BANGKOK - Putera Mahkota Maha Vajiralongkon menaiki takhta pada Khamis selepas menerima jemputan...

Pendidikan Memberangsangkan Terhadap Masyarakat...

KUALA BERANG - Tahap kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap kepentingan ...

SST Berjaya Turunkan Harga...

KUALA LUMPUR - Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berjaya menurunkan harga 291 jenis...

Pilihan Raya: Rakyat New Zealand Mengundi Hari Ini

WELLINGTON – Rakyat New Zealand mengundi hari ini pada pilihan raya sengit yang menyaksikan Perdana Menteri konservatif, Bill English ditentang pencabarnya yang masih muda dan berkarisma, Jacinda Ardern.

Kempen pilihan raya yang dianggap antara paling sengit dalam sejarah negara ini, dengan sokongan berubah daripada English kepada Ardern dan kembali semula kepada perdana menteri itu.

“Pilihan raya kali ini amat sengit, ia pertandingan antara dua parti utama,” kata English semalam.

Tiada parti mendakwa memperoleh majoriti dalam Parlimen New Zealand dengan 120 kerusi sejak undian perbezaan diperkenalkan pada 1996 dan pilihan raya kali ini berkemungkinan tidak mengubah keadaan itu.

Tinjauan pendapat menunjukkan sama ada Parti Nasional pimpinan English atau Buruh pimpinan Ardern berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan lewat hari ini.


Kemungkinan lain adalah tiada pemenang mutlak apabila kedua-dua parti utama mencari rakan gabungan untuk membolehkan kerajaan dibentuk.

Pusat undian dibuka pada jam 9 pagi waktu tempatan hari ini dan ditutup pada jam 7 malam. – AFP

Kategori