Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pemerasan: Pekerja Kilang, Bekas...

IPOH – Seorang pekerja kilang dan bekas suaminya didakwa di Mahkamah Sesyen di...

Gempa Bumi: Tentera Austria,...

VIENNA: Tentera Austria menggantung operasi menyelamat di Turkiye kerana risiko keselamatan, lapor Agensi...

Pantau Harga Di Kawasan...

BATU KURAU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengarahkan...

Maszlee, Benarkah Peluang Penuntut...

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dituntut supaya memberi penjelasan bagaimana...

PIP Dijangka Mampu Kendali 5 Juta TEU Kargo Setahun

PADANG BESAR – Pelabuhan Darat Perlis (PIP) di sini dijangka mampu mengendalikan lima juta unit bersamaan 20 kaki (TEU) kargo setahun apabila beroperasi sepenuhnya berbanding Terminal Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Padang Besar sebanyak 130,000 TEU kargo setahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, kemampuan PIP itu akan menjadikannya pelabuhan darat yang setanding pelabuhan laut di Pelabuhan Barat Klang, Selangor.

“Ini adalah rahmat kepada penduduk Padang Besar dan Perlis amnya kerana PIP akan menjana perkembangan ekonomi Padang Besar khususnya,” katanya semasa berucap dalam perjumpaan dengan pemimpin dan penduduk kawasan Padang Besar di Kampung Kolam di sini, hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Titi Tinggi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Khaw Hock Kong turut hadir.

Azlan berkata, kerajaan negeri dengan bantuan kerajaan pusat membangunkan PIP yang menyediakan sistem pengangkutan kargo yang cekap bagi menyokong projek Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) yang dibangunkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

CVIA akan menempatkan industri berteknologi hijau di kawasan bekas ladang tebu Chuping seluas 1,200 hektar menelan kos hampir RM1 bilion, menawarkan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.


Katanya, sebuah pusat perniagaan bersepadu berharga RM36 juta sedang dibina di CVIA bagi memudahkan pelabur mendapat maklumat dan membuat rundingan dengan pihak berkuasa sebelum membina kilang masing-masing.

“Sambutan oleh pelabur asing sangat memberangsangkan, namun oleh kerana rundingan masih berjalan saya tidak boleh dedahkan maklumat berkenaan,” katanya.

Beliau berharap rakyat Perlis terus menyokong Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-14 tidak lama lagi supaya projek pembangunan dapat dilaksana mengikut perancangan. – BERNAMA

Kategori