Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Nekad Solo, Lan Nafi...

BEKAS peserta Gegar Vaganza 4 (GV4), Lan Solo menafikan kenyataan yang kononnya dia...

Ibu Rayu Percepatkan Pembedahan...

HULU TERENGGANU - Seorang ibu muda merayu agar Institut Jantung Negara (IJN) mempercepatkan...

Jenazah Mastura Yang Pertama...

Jenazah pramugari, Mastura Mustafa merupakan yang pertama akan diturunkan dari pesawat pada Majlis...

Apa Motif Menteri, Timbalan...

PETALING JAYA : Satu pertemuan membabitkan antara beberapa menteri dan timbalan menteri UMNO...

PM Israel Arah Akuan Media Wartawan Al-Jazeera Dibatal

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan perakuan media semua wartawan Al-Jazeera dibatalkan dan mengulangi hasratnya untuk menutup pejabat stesen televisyen itu yang beroperasi di Israel, menurut Pejabat Akhbar Kerajaan hari ini, lapor agensi berita China Xinhua.

Netanyahu turut mengarahkan penyertaan pengarah pejabat tempatan Al-Jazeera, Walid al-Omri di seminar mengenai kebebasan akhbar dibatalkan.

“Pada masa sama, Perdana Menteri Israel akan mengambil langkah undang-undang untuk membatalkan semua kad media wartawan Al-Jazeera yang bertugas di Israel dan menutup pejabat mereka di negara berkenaan,” menurut kenyataan pejabat akhbar itu.

Sebelum ini, pada 30 Ogos lepas Israel membatalkan perakuan media wartawan Al-Jazeera, Elias Karram kerana mendakwa tugas wartawan berkenaan mempunyai unsur “penentangan”.

Karram dikatakan sering menimbulkan keraguan di pihak rejim mengenai tujuan sebenar wartawan berkenaan membuat liputan mengenai isu konflik Israel-Palestin.


Susulan itu, beliau dipanggil untuk dibicarakan selepas membuat penampilan dalam satu wawancara televisyen tahun lepas.

Karram dipanggil atas permintaan Menteri Komunikasi Israel, Ayoob Kara dan mahu perakuan media wartawan itu dibatalkan kerana beliau didapati cuba membangkitkan dan menghasut kekerasan terhadap Israel. – BERNAMA

Kategori