Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Cari Seorang Lelaki...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang lelaki berusia 42...

Bayaran Pertama BR1M 4.0...

TELUK INTAN - Pembayaran pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia 4.0 (BR1M 4.0) akan dilaksanakan...

Ekspo Tawar Lebih 100,000...

KUALA LUMPUR - Agensi perumahan kerajaan persekutuan dan negeri akan mengadakan ekspo perumahan...

Pakistan Catat Lonjakan Kes...

ISLAMABAD – Pakistan berdepan dengan peningkatan kes polio apabila lapan kanak-kanak dari sebuah...

Polis Brazil Tembak Mati 10 Suspek Disyaki Perompak

SAO PAULO – Polis Brazil menembak mati 10 suspek dipercayai ahli kumpulan perompak di kawasan mewah, di sini.

Pasukan keselamatan dalam satu kenyataan berkata, kumpulan terbabit bertanggungjawab terhadap 20 kes curi dan rompakan di kawasan kejiranan Morumbi, iaitu lokasi kejadian berlakunya tembakan pada Ahad lalu.

Saksi memberitahu media Brazil, ahli kumpulan terbabit yang bersenjatakan rifel berada di dalam sebuah rumah dan menjadikan empat penghuninya sebagai tawanan.

Menurut laporan, semua ahli kumpulan terbabit cuba melarikan diri dan menyebabkan berlakunya insiden kejar-mengejar dengan pihak polis.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut sama ada terdapat anggota polis yang cedera. – AFP/BH ONLINE

Kategori