Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nenek 70 Tahun Seronok...

SEORANG warga emas atau nenek yang berusia 70 tahun ini telah menjadi sensasi...

GHB Bakal Jadi Parti...

KUALA LUMPUR - Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dipelopori bekas pemimpin PAS yang...

Najib Yakin Dapat Jelas...

JELAS... Gara-gara Datuk Seri Najib Tun Razak jawab tidak mengesahkan sumber mana dana...

Wanita Maut Digilis Lori

ALOR GAJAH: Seorang wanita maut digilis sebuah lori apabila motosikal ditungganginya dipercayai bergesel...

Polis Cari 2 Lelaki Bantu Siasatan Pukul Hingga Mati

GEORGE TOWN – Polis sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang mati hari ini selepas tiga hari dirawat akibat dipukul di tempat pembuangan sampah di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata mereka ialah Mohd Yusri Mohamed, 38, beralamat di Flat Kampung Melayu dan Mohammad Razman Saini Anuar, 23, dengan alamat terakhir di Jalan Kampung Pisang, Air Itam. Mereka dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu.

“Dalam kejadian 10.10 malam Jumaat, Lim Kok Boon, 33, berasal Bandar Baru di sini dipercayai pergi ke kawasan pembuangan sampah itu dan terserempak dengan dua lelaki terbabit yang dikatakan memukul mangsa kerana menyangka dia polis.

“Ketika itu, dua lelaki terbabit dipercayai sedang membungkus dadah dan mereka terkejut dengan kehadiran mangsa serta terus memukulnya menggunakan topi keledar menyebabkan dia cedera di kepala dan pengsan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disedari seorang penduduk di situ yang bertindak meleraikan pergaduhan itu dan menghubungi polis.


Anuar berkata mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan kritikal sebelum mati kira-kira pukul 10 pagi hari ini. – BERNAMA

Kategori