Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

‘PAS Tanding Guna Logo...

KUALA LUMPUR : UMNO tidak terkejut dengan keputusan PAS yang akan bertanding pada...

DBKL Kompaun 243 Peniaga...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan sebanyak 243 kompaun...

Budak Dipaksa Makan Mata...

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terpaksa dipam perutnya selepas dia dipaksa makan...

Lelaki Dipenjara, Denda Kerana...

Muar : Pekerja pemotong kelapa sawit mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini,...

Polis Johor Tahan 28 GRO Wanita Warga Asing

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan 28 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan menyelamatkan 23 lagi yang disyaki dipaksa berbuat demikian dalam serbuan di dua pusat hiburan di bandar raya ini awal hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata serbuan dilakukan bermula 1 pagi secara berasingan.

Mereka yang ditahan ialah 27 wanita Vietnam dan seorang dari Indonesia, berusia antara 18 dan 38 tahun manakala yang diselamatkan pula kesemuanya warga Vietnam berusia antara 17 dan 38 tahun, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 21 dan 43 tahun yang mengaku bekerja sebagai pengurus premis.

“Kedua-duanya akan disiasat mengikut Enakmen Hiburan Negeri Johor dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 kerana mengeksploitasi orang dan kanak-kanak untuk bekerja sebagai GRO manakala warga asing yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1964,” katanya.


Beliau berkata pihaknya akan terus membuat serbuan, pemantauan dan pemeriksaan di pusat-pusat hiburan di negeri ini bagi membanteras dan membendung segala gejala yang tidak sihat dan menggugat ketenteraman awam. – BERNAMA

Kategori