Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerat Mayat 10 Bahagian:...

MUAR - Seorang remaja lelaki OKU yang dipercayai melakukan pembunuhan kejam dengan mengerat...

Zon Merah Covid-19 Meningkat...

ZON merah Covid-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding sembilan, setakat 12 tengah...

Jejaki Laluan Tentera Bergajah...

Riyadh - Sekumpulan peminat sejarah Saudi berjaya mengesan laluan yang digunakan tentera bergajah...

Mungkin Ini Nama Untuk...

JIKA diperhatikan sekarang memang ramai ibu bapa gemar memberikan nama-nama 'bombastik' buat anak-anak...

Polis Tembak Mati Lelaki Ratah Daging Manusia

POLIS terpaksa menembak mati seorang lelaki yang enggan berhenti daripada makan mayat seorang wanita yang telah dipenggal kepala di Afrika Selatan.

Lelaki itu, Aphiwe Mapekula, 23, telah ditembak di bahagian lengan, kaki dan perut di rumahnya selepas dia cuba menyerang polis dengan pisau.

Mapekula dikatakan menculik mangsa, Thembisa Masumpa di jalan raya lalu membawanya ke gunung Frere. Di situ, dia mengelar leher dan memotong kepala wanita berkenaan.

Kejadian itu disaksikan oleh ibu suspek, yang kemudiannya menghubungi polis.

“Saya tidak pernah membesarkan anak seperti ini. Saya tidak dapat bayangkannya,” kata ibunya.

Polis percaya Mapekula berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah kejam berkenaan.


Ini adalah kes kedua melibatkan kejadian makan orang yang berlaku di Afrika Selatan dalam masa tiga minggu.

Dalam kes pertama, enam lelaki ditahan selepas merogol, membunuh dan memotong mayatnya untuk dimakan di sebuah rumah di Estcourt. Pemeriksaan polis menemui lapan telinga manusia di dalam periuk.

Mereka dikatakan berbuat demikian kerana mahu menjadi kebal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori