Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sambutan Hari Pahlawan Pada...

KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2019 di peringkat Persekutuan akan diadakan...

Muka Menakutkan Mahu Bibir...

AKIBAT ketagih pada suntikan, seorang pelayan, Cyril Roux, 32, kini menjadi seorang yang...

KPKT Bina 2,000 Unit...

SHAH ALAM – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membina...

Kesedaran Lelaki Pahang Jalani...

KUANTAN - Kadar kesedaran kaum lelaki di Pahang untuk menjalani pemeriksaan penyakit berkaitan...

Program Realiti Hedonis Tiada Nilai Intelek

KALAU benar dakwaan peserta Clever Girl 2017, Nor Shakirah Mohd Azam (Kiera), bahawa wujud manipulasi dan konspirasi dalam program realiti TV3 itu, pasti ia satu yang amat menyedihkan.

Sedih kerana pengaruh populis dan tekanan sensasi untuk mencipta rating tinggi dan kontroversi dalam siri pertandingan realiti TV ini dilakukan secara tidak beretika.

Malah, juga satu bukti, bahawa, beban mencipta sensasi dramatik menyebabkan program berteraskan cendekia dan ilmiah pun terpaksa mengabaikan aspek integriti dan digniti.

Melahirkan Clever Girl tiada masalah. Tajuknya pun sudah populis. Namun, mengheret graduan terpilih untuk disensasikan, tentunya mencemar nilai IQ dan integriti mereka sebagai orang terpelajar.

Kaitan: TV3 Nafi Isu ‘Pilih Bulu’ Dalam Clever Girl

Baca: Kiera Dedah Punca Keluar Clever Girl

Juga: Graduan Oxford Tarik Diri Daripada Clever Girl

Program Clever Girl dengan imej wanita terpelajar dan nilai intelek tidak sama dengan program realiti populis AF, Mentor, Bintang Mencari Bintang atau Raja Lawak yang berteraskan budaya pop totok hedonistik.

Pengalaman Kiera memang satu pengajaran. Sensasi hedonis TV tidak berminat dengan kecerdikan tulen. Malah, tidak menghargai pun tahap IQ para peserta yang genuine.


Jadi, orang cerdik sebenrnya tidak perlu terdesak untuk mempopularkan nilai cerdik mereka dalam perlumbaan budaya hedonis TV pada ketika ini.

Kepada Kiera, sekiranya ini kejadian benar, tindakan anda sangat bijak. Tidak perlu kecerdikan digadai pada dunia hedonis yang palsu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori