Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MIB: AS1M Pupuk Budaya...

PUTRAJAYA - Seramai 100,000 isi rumah masyarakat India kumpulan berpendapatan isi rumah 40...

Mangsa Banjir Di Batu...

JOHOR BAHARU - Keadaan banjir di Batu Pahat semakin surut dengan jumlah mangsa...

2 Beradik Curi Mayat...

PUNJAB - Peristiwa dua beradik menggali kubur dan mencuri mayat untuk dimasak gulai...

COVID-19: CIDB Tutup Tapak...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bertindak menutup satu projek...

Projek Tenaga Solar 2MW Di Kudat Mula Beroperasi

KUDAT – Fasa pertama projek penjanaan tenaga solar berkapasiti 2 megawatt (MW) di Lausan, dekat sini telah siap dan mula beroperasi hari ini.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata Loji Jana Kuasa Solar 2MW itu adalah sebahagian daripada 50MW sedang dilaksanakan di Sabah.

“Bakinya sebanyak 48MW adalah disasarkan untuk mencapai Tarikh Operasi Komersial (COD) awal tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran loji janakuasa solar Lausan hari ini.

2MW daripada 50MW tenaga solar yang dibangunkan oleh Tadau Energy Sdn Bhd itu akan disalurkan kepada Kudat Grid manakala selebihnya sebanyak 48MW akan disuntik ke dalam talian penghantaran untuk diagihkan ke seluruh Sabah.

Ongkili berkata daerah Kudat yang terletak di utara Sabah, kira-kira 190 kilometer dari Kota Kinabalu, sangat sesuai untuk menjadi pusat tenaga boleh diperbaharui kerana kawasan itu menerima sinaran matahari tertinggi dan sentiasa cerah membuatkan ia sesuai untuk penjanaan tenaga solar. —

Beliau berkata selain pembangunan tenaga solar, pihak kementerian bakal membangunkan projek tenaga angin di Kudat.


“Kudat juga mempunyai potensi yang tinggi dalam pembangunan tenaga angin dan dijangka mampu menjana lebih 300MW. Namun kajian secara terperinci mengenai projek itu perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan,” katanya.

Pada masa yang sama, Ongkili berkata pihaknya bercadang untuk menjadikan Kudat sebagai pusat penyelidikan tenaga boleh diperbaharui iaitu solar dan angin di negeri ini.

“Perkara ini saya akan bawa dalam perbincangan dengan menteri-menteri ASEAN pada bulan ini juga di Manila. Sedikit sebanyak perbincangan mengenai perkara ini telah dibuat bersama pihak swasta.

“Perkara ini adalah sangat baik dalam perkembangan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia dan ia juga memperlihatkan peranan besar Sabah dalam pembangunan sektor berkenaan di negara ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori