Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

H5N1: JPVK Lupus 35,999...

KOTA BHARU - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan (JPVK) melupuskan sebanyak 35,999 unggas dan...

Warga Syria Terkandas Di...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri sedang mempertimbangkan pemberian pas khas melalui Program Penempatan...

Video: Kisah Pahala Berganda...

SIAPA sangka orang yang kita langsung tidak kenal bakal bantu kita membuat ibadah. Itulah...

Papan Iklan Anwar: Selangor...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor belum menerima sebarang surat rasmi daripada Ketua...

Proses Identifikasi Mayat Mangsa Ambil Masa 2 Hari

KUALA LUMPUR – Proses pengecaman dan identifikasi 23 mangsa yang terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat di sini hari ini dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari untuk disiapkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata ini kerana proses identifikasi perlu menjalani ujian padanan antara sampel darah daripada ibu bapa dan waris keluarga dengan jenazah sebelum identitinya boleh disahkan.

Menurutnya, keadaan jenazah membuatkannya agak sukar untuk dikenal pasti dan proses persampelan DNA mesti dilakukan dan ia sememangnya dilakukan kini.

“Unit Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) kini mengambil sampel daripada ibu bapa sebelum diperiksa, kemudian dipadankan dengan mayat untuk identifikasi.

“Kami kini menggunakan seluruh kepakaran kami dan harap-harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa kebakaran yang terselamat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dr. Subramaniam berkata tragedi itu mengorbankan 21 pelajar tahfiz berumur lingkungan 11 hingga 17 tahun dan dua guru yang juga warden di pusat berkenaan. Empat belas pelajar berjaya menyelamatkan diri.

Kesemua jenazah telah dibawa keluar dari lokasi kejadian di Jalan Keramat Ujung, dan kini ditempatkan di Institut Perubatan Forensik Negara HKL untuk bedah siasat dan pengecaman.


Selain itu, tujuh mangsa yang cedera kini ditempatkan di Wad Kecemasan dan Pemerhatian untuk rawatan lanjut dan mereka merangkumi enam pelajar pusat tahfiz dan seorang awam yang membantu mangsa ketika kejadian itu. Empat daripada mereka cedera parah dan tiga cedera ringan.

“Ada yang cedera parah dengan mengalami beberapa kecederaan termasuk patah tulang, retak femur dan pelvis, cedera di paru-paru dan hati.

“Kami sedang menguruskan keadaan ini. Sebahagian daripada mereka dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi), sebahagian lagi di dalam unit kebakaran. Kami melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan mereka,” katanya.

Subramaniam berkata pihaknya akan memberi khidmat kaunseling kepada waris dan keluarga mangsa berkenaan.

“Kami akan beri bimbingan psikologi agar mereka dapat lalui (tragedi) ini dengan sebaiknya, saya berdoa semoga mereka diberi kekuatan untuk melalui masa susah ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori