Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pandu Kereta Keadaan Mabuk,...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari...

Soalan PT3 Tentang Kondom...

SOALAN peperiksaan percubaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi mata pelajaran Sains kini menjadi...

Sebahagian RM1.9 Billion Derma...

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM1.9 billion dikreditkan ke dalam satu daripada akaun bank...

Manchester United Dihantui Kecederaan...

MESKIPUN menang besar 4-1 ke atas CSKA Moscow pada aksi peringkat kumpulan Liga...

Punca Kematian Warga China Akibat Kemalangan

BESUT – Pakar Perubatan Forensik Kuala Terengganu mengesahkan kematian seorang warga China di Kampung Pinang di sini Selasa lalu adalah akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis daerah Besut, Superitendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian pukul 5.00 petang itu mangsa yang dikenali sebagai Bi Haijun, 46, ditemui mati dengan kesan luka di leher sementara kaki dan rusuknya patah.

“Pemeriksaan Pakar Perubatan Forensik yang dilakukan pukul 9.30 pagi tadi di Hospital Besut mendapati kematian mangsa berpunca dari kecederaan teruk di kepala,” katanya kepada media.

Mohd Zamri berkata kemalangan tersebut dipercayai berlaku semasa mangsa sedang mengendalikan mesin untuk kerja-kerja menggali bagi mengambil sampel tanah untuk pembinaan jalan keretapi dan dipercayai dirempuh sebuah kereta.

Katanya siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 41( 1) Akta pengangkutan Jalan 1987 dan Kedutaan China di Kuala Lumpur juga telah pun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut. – BERNAMA

Kategori