Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Penduduk Belasah Pencuri...

NIAT seorang lelaki ingin mendapatkan wang dengan cara mudah iaitu mencuri, tidak kesampaian...

Anak ‘Show Off’ Di...

KEWUJUDAN akaun Rich Kids of ..... (nama bandar) adalah satu fenomena yang sering ditemui...

PRK Sg.Besar: BN Puas...

SUNGAI BESAR - Pergerakan jentera pilihan raya yang lebih tersusun dan kerjasama padu...

Kedah Kini Zon Hijau...

PUTRAJAYA - Kedah yang merekodkan 95 kes jangkitan sebelum ini kini menjadi negeri...

Pusat Kawalan Daesh Di Marawi Ditawan Tentera

MARAWI – Tentera Filipina berjaya menawan pusat kawalan pemberontak yang disokong militan Daesh yang menawan bandar ini hampir empat bulan lalu, kata tentera semalam.

Askar Filipina berdepan pertempuran di kawasan jalanan dan bandar serta melancarkan serangan udara untuk menawan semula Marawi.

Tentera berjaya menawan pusat kawalan militan selepas bertempur sengit kelmarin di sebuah masjid dan satu lagi bangunan lain.

“Kejayaan ini terus melemahkan lagi kumpulan pengganas selepas mereka kehilangan pusat pemerintahan dan kawalan.

“Kami meneruskan operasi memburu militan dan menjangkakan tentangan sengit daripada mereka,” kata panglima tentera Filipina, Eduardo Ano.

Beratus-ratus pemberontak bersama militan Daesh menyerbu Marawi dan menawan bandar itu pada 23 Mei lalu yang majoriti penduduknya beragama Islam.


Lebih 800 militan, anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dalam konflik berkenaan.

Peperangan yang berlanjutan menyebabkan bandar itu musnah dan ratusan ribu penduduk menjadi pelarian. – AFP/myMetro Online

Kategori