Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Buka Kertas Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dimuat naik pengguna Facebook,...

SPRM Teliti Cadangan TI-M...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti dan mengkaji cadangan...

Hubungan Cinta Fattah Amin,...

TIDAK mahu berselindung lagi, pelakon kacak Fattah Amin akhirnya mengesahkan hubungan cintanya bersama Sherry...

Selar Tindakan Portal Dalam...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyelar...

Rakyat Malaysia Terbabit Kebakaran Di Christchurch

PUTRAJAYA – Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan 10 orang rakyat terbabit dalam kebakaran di Clifton, Christchurch, New Zealand pada Ahad.

Wisma Putra berkata dua orang daripada mereka dikejarkan ke Hospital Umum Christchurch untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ia berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang memantau keadaan mereka dan akan menghulurkan bantuan yang perlu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di New Zealand boleh menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington di alamat:

High Commission of Malaysia, Wellington
10 Washington Avenue, Brooklyn,
P.O. Box 9422, Wellington 6141
New Zealand
Tel:+64-4-385 2439 / +64-4-801 5659
atau e-mel [email protected]

Kementerian Luar turut menyampaikan simpati kepada mangsa kebakaran.


Kebakaran turut memusnahkan rumah Airbnb yang disewa sekumpulan pelancong Malaysia yang turut berusaha memadam kebakaran yang bermula kira-kira 8.30 malam itu.

Dilaporkan api memusnahkan rumah kayu tiga tingkat di Clifton Terrace di tepi pantai di pinggir Sumner. Enam orang dibawa ke hospital dengan empat orang daripada mereka mengalami kecederaan sederhana dan dua kecederaan ringan. – BERNAMA

Kategori