Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bayi Diserang Dan Cuba...

KUANTAN - Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah di bahagian muka dan...

Mati Lemas Ketika Memancing...

HULU TERENGGANU - Kegembiraan enam sahabat menghabiskan cuti hujung minggu dengan memancing di...

Jadi Juri Kekwat, Peminat...

HANYA kerana menghadiri sebuah program bertujuan untuk beri inspirasi kepada gadis usia muda...

Masak La Korang… Ragut...

TINDAKAN dua lelaki meragut telefon pintar pejalan kaki yang sedang ‘FBlive’ dekat Masjid...

Rapid Bus Sediakan Bas Khas Tonton Grand Prix

KUALA LUMPUR – Peminat sukan pemotoran yang ingin menyaksikan edisi terakhir acara Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu ini disaran menggunakan perkhidmatan bas perantara khas yang sediakan oleh Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus).

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd. Azam Omar berkata, perkhidmatan bas khas itu akan beroperasi selama tiga hari berturut-turut bermula hari pertama acara 2017 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix berlangsung pada 29 September ini.

“Rapid KL bukan saja akan menyediakan perkhidmatan perantara antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), tetapi turut menyediakan perkhidmatan sokongan atau ‘feeder service’ di sekitar kawasan litar.

“Sebagai edisi F1 yang terakhir, kami menjangkakan sambutan memberangsangkan daripada para peminat sukan pemotoran untuk acara yang bersejarah ini dan cara terbaik adalah menggunakan perkhidmatan bas perantara ini yang mempunyai jadual tersusun dan diberikan prioriti serta keistimewaan dalam perjalanan masuk dan keluar daripada kawasan litar oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Azam berkata, tiket bas perantara khas tersbeut berharga RM20 untuk perjalanan sehala dari KLCC atau KL Sentral dan sebaliknya dan RM35 untuk perjalanan pergi balik.


Tambah beliau, bagi perjalanan dari KLIA2 pula, harga tambang adalah RM12 dan kekerapan bas adalah antara 30 hingga 45 minit bergantung kepada keadaan trafik.

“Rapid KL akan terus menyokong agenda pembangunan sukan negara dengan menjadi pengangkutan rasmi untuk acara Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix dan juga untuk acara Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix yang akan berlangsung hujung bulan depan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori