Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

JDT Rampas Kedudukan Selaku...

KOTA BHARU - Johor Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Kelantan...

Selepas Petrol, Cikgu Ghani...

MASIH ingat lagi kisah seorang dermawan di Kedah bernama Abdul Ghani Haron yang...

Pengundi Dinasihat Jangan Ikut...

KUALA LUMPUR - Pengundi di Parlimen Titiwangsa diseru agar memilih wakil rakyat dengan...

Dari English Premier League...

PENYERANG muda kelab Liga Inggeris, Queens Park Rangers (QPR), Brandon Adams mengesahkan penyertaannya...

RCI BNM: Anwar Tiba Ikut Laluan Khas

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir di Istana Kehakiman di sini hari ini bagi memberi keterangan pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kes Kerugian Akibat Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990-an.

Bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri itu yang kini menjalani hukuman penjara kerana kesalahan liwat kelihatan diiringi anggota Jabatan Penjara ketika memasuki Istana Kehakiman kira-kira 8.40 pagi.

Bagaimanapun, kenderaan yang membawa Anwar diiringi kenderaan pasukan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara menggunakan laluan khas untuk ke perkarangan mahkamah menyebabkan wakil media menghadapi kesukaran untuk merakamkan kehadirannya.

Anwar merupakan menteri kewangan dari 1991 hingga 1998. Beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1993 sebelum dipecat pada tahun 1998.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; anaknya, Nurul Izzah Anwar serta anggota keluarganya, peguam beliau, R. Sivarasa dan Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar juga berada di Istana Kehakiman.

Prosiding yang memasuki hari keenam telah memanggil 17 saksi sehingga semalam.

Selain Anwar, saksi lain yang dijadual memberi keterangan hari ini termasuk bekas Gabenor BNM, Tan Sri Ahmad Mohd Don dan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Hadenan Abdul Jalil.


Suruhanjaya Siasatan kes kerugian urus niaga mata wang asing itu ditubuhkan selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] yang penubuhan dan keanggotaannya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Suruhanjaya enam anggota itu dipengerusikan Pengerusi Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Turut menganggotai suruhanjaya itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd., Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan dan Pengarah Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Yusof Ismail yang juga Setiausaha suruhanjaya siasatan itu. – BERNAMA

Kategori