Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jangan Alih Perhatian Skandal...

KUALA LUMPUR – MIC memberi amaran kepada Pakatan Harapan (PH) supaya tidak cuba...

WhatsApp Bongkar Komplot Jahat...

NAMPAKNYA memang benar wujud komplot jahat oleh pihak luar yang membuat konspirasi dengan...

Kucing Kacau Tuannya Solat,...

JIKA disebut sahaja kucing, secara jujurnya pasti ramai yang sangat sukakan keletah haiwan...

5 Blok Rumah Pekerja...

SANDAKAN - Seramai 145 pekerja kilang di Semawang Sawmill di Batu 11 dekat...

Redha Anak Mati Daripada Terima Darah Bukan Muslim

JIKA satu perkara yang melibatkan nyawa orang yang tersayang, masihkah anda akan bersikap mementingkan diri sehingga mengorbankan nyawa insan berkenaan?

Baca: Budak Tak Suntik Vaksin Sering Dijangkiti Penyakit

Posting seorang kakitangan sebuah hospital telah menceritakan detik cemas ketika merawat seorang bayi yang berada dalam keadaan kritikal.

Bayi itu dikatakan telah mengalami penyakit ‘coffee ground gastric aspirate’ atau dalam bahasa mudahnya, pendarahan di kawasan esofagus dan duodenumnya.

Darah baharu perlu diberikan kepada bayi itu dan segala prosedur serta komplikasi mahupun kesan sampingan selepas rawatan telah diterangkan kepada si ibu.

Si ibu pada asalnya bersetuju demi kebaikan bayinya. Namun, sekembalinya jururawat yang bertugas untuk mendapatkan tandatangan si ibu, wanita itu terus tidak bersetuju untuk meneruskan rawatan.

Rupa-rupanya si bapa telah menolak rawatan yang ditawarkan oleh pihak hospital dengan alasan tidak mengenali individu yang darahnya dirancang untuk dipindahkan kepada bayinya.

Suaminya itu juga tidak peduli jika keputusannya itu bakal memberi kesan buruk termasuk meragut nyawa anaknya.

Kata bapa itu lagi, dia tidak mahu darah bukan orang Muslim bercampur dalam diri anaknya.

Tambah si bapa, jika darah yang bakal diterima oleh anaknya itu ialah darah haram, hidup anaknya itu tidak akan diredai oleh Allah S.W.T.

“Doesn’t you have your work hard and try everything first before you redha about qada and qadar?” luah wanita yang menulis posting itu.


bekalan darah

Sudah semestinya pemeriksaan kesihatan telah dijalankan terlebih dahulu sebelum seseorang itu menderma darah.

Bukan sahaja tidak bersetuju untuk menjalankan rawatan pemindahan baharu, si bapa itu juga tidak bersetuju jika pihak hospital ingin memberikan suntikan vaksin kepada anaknya.

Sebagai isteri, wanita itu hanya mengikuti sahaja kata-kata si suami demi kebaikan masa depan anak mereka.

Kedua-dua pasangan itu dikatakan pernah kematian anak sebelum ini dan punca kejadian masih menjadi tanda tanya kerana si bapa tidak mahu mengetahui sebab kematian itu berlaku.

Kita perlulah berusaha terlebih dahulu sbeelum menyerahkan segala ketentuan kepada Ilahi.

Takkan belum berusaha pun kita sudah mengalah? Kasihan si anak yang masih kecil, terpaksa menahan siksaan hanya kerana si bapa yang kolot.

Wajarkah perkara seperti ini berlaku pada zaman sekarang? Anda fikirkan lah. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

  • Lagi berita berkaitan:
  • darah

Kategori