Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Merenungi Masa Depan Sungai...

KUALA LUMPUR – Sejak 2005, Ahad terakhir dalam setiap September dipilih sebagai Hari...

Berita Palsu Sebabkan Bilangan...

MUAR - Kebimbangan orang ramai mengenai penjualan organ yang diviralkan dalam laman sosial,...

Ayda Jebat Tak Kecil...

KALAU dulu hubungan mereka memang sangat mesra, mungkin disebabkan digandingkan dalam drama hits...

Pasir Gudang Masih Tenat?

1. PEJAM celik, tragedi pencemaran di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sudah berlalu...

Remaja Disahkan Mati Ketika Ke Hospital Taiping

TAIPING – Seorang remaja lelaki yang tidak sedarkan diri selepas terjatuh di kawasan lombong berhampiran Kampung Kurnia Jaya, Kamunting, dekat sini disahkan meninggal dunia di dalam perjalanan ke Hospital Taiping petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohamad Rizuan Mohamad Yazid, 18, difahamkan pergi memancing bersama rakan-rakannya dan dipercayai mangsa tergelincir ketika turun untuk mengambil joran yang tersangkut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Muhammad Yassir Adnan berkata sepasukan enam anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 4.32 petang tadi.

Katanya, mangsa ditemui tidak sedarkan diri dan anggota bomba dan penduduk kampung telah membuat pertolongan cemas (CPR) pada 4.42 petang.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Taiping untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang tadi. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MATI

Kategori