Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pelancong Malaysia Berpeluang Rasai...

KUALA LUMPUR - Warga Malaysia berpeluang mengalami keseronokan memetik buah-buahan bermusim semasa melancong...

Selangor Tak Wajar Sulitkan...

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor diminta tidak mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap projek Kerajaan...

Jemaah Haji Malaysia Bergerak...

MAKKAH - Pengiraan detik sejak berada di Tanah Suci bagi kebanyakan jemaah haji...

SKMM Siasat 76 Kes...

SANDAKAN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat 76 kes penyebaran berita...

Replika Adi Wira Barat Kawal Kuil Buddha

BANGKOK – Pelbagai patung ikon karakter filem dan komik adiwira memeriahkan suasana kuil Buddha di wilayah Nonthaburi seolah-olah berperanan untuk menjaga kawasan suci tersebut.

Ia secara tidak langsung berjaya menarik perhatian pelawat terutama kanak-kanak dan semakin ramai juga pengunjung dewasa yang datang dengan sifat murah hati kerana menyumbang ke dalam tabung dana disediakan.

Berbeza dengan keadaan kuil lain di Thailand apabila patung Buddha tradisional dan binatang mitos sering ditampilkan untuk menghiasi kawasan kuil namun pintu masuk utama kuil Wat Ta Kien nyata berbeza.

Selain memiliki rekabentuk yang cukup indah di luar ibu kota Bangkok, ia diserikan lagi dengan kehadiran tiga robot Transformer. Arca yang memiliki ukuran saiz besar dan cukup indah tersebut diperbuat daripada potongan besi.

“Ia kemudian dicantumkan dan dicat dengan warna-warna terang seperti jingga, kuning dan biru, namun ia tidak ada sebarang kaitan dengan nilai kerohanian,” jelas seorang sami, Pra Vichien kepada agensi berita AFP.

“Ia adalah semata-mata untuk menghiburkan kanak-kanak agar mereka tidak berasa bosan tatkala kunjungi kuil dengan ibu bapa dan secara tidak langsung menggalakkan generasi muda untuk menziarahi kuil,” tambahnya.

Ternyata konsep baru ditampilkan itu kelihatan menjadi satu trend apabila terdapat beberapa kuil lain yang mengambil inisiatif sama dengan tujuan untuk menarik pengunjung sekali gus meningkatkan jumlah dana.

Kehadiran robot yang ditempatkan di pintu hadapan kuil seolah-olah bertugas untuk menjaga kawasan tersebut, menurut pereka dan pengusaha bengkel pembuatan figura komik dan filem sains fiksyen itu, Pairoj Thanomwong.

Sekurang-kurangnya empat kuil Buddha dan sebuah pusat meditasi di Thailand telah melahirkan minat untuk memiliki arca sedemikian sekali gus memberikan suasana baharu kepada tempat suci agama tersebut sendiri.

Berbekalkan kelengkapan biasa seperti logam dan bahagian kereta, pereka ini kreatif dalam gabung setiap elemen dan menzahirkan replika menakjubkan di sebuah gudang bernama Ban Hun Lek yang bererti Rumah Robot Besi.


Replika robot terbesar mencapai ketinggian sehingga ukuran tujuh ke lapan meter dengan memiliki nilai sehingga ribuan dolar. Bengkel tersebut juga banyak menerima tempahan daripada restoran dan bar tempatan.

Namun pendapatan utama adalah hasil jualan eksport seperti tempahan dari Eropah apabila 80 peratus daripada hasil jualan adalah datang dari klien luar negara terutama setelah beberapa gambar telah tersebar di media sosial.

Pairoj memulakan kerjanya penghasilan replika dan figura dari komik popular sebelum mengembangkan bidang penciptaan mereka meja dan kerusi daripada bahan besi serta turut mencipta replika kereta dan motosikal mewah.

Hampir 90 peratus daripada bahan pembuatan itu terdiri daripada bahan logam yang dikitar semula di mana ia secara tidak langsung turut mengurangkan kos pembuatan dalam menghasilkan sesebuah replika yang cukup unik.

Cita rasa para pelanggan juga sering bertukar-tukar jika dibandingkan sewaktu peringkat awal dia mengusahakan perniagaannya. Dari segi produk, trend pelanggan malahan sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

“Sepuluh tahun lalu karakter Aliens dan Predator sering mendapat permintaan tinggi namun ternyata kini karakter dari Transformers jelas menjadi pilihan utama klien,” jelas Pairoj. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori