Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Intipati Perutusan Khas Ekonomi...

Berikut ialah intipati Perutusan Khas Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara yang...

Proses Damai: Israel Bukan...

NEW YORK - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Jumaat berkata, Israel memutuskan untuk...

Anggaran Kemusnahan Aset Awam...

KOTA BAHARU - Taksiran kemusnahan infrastruktur dan aset awam akibat banjir buruk yang...

Anggota Rela Turut Ditugaskan...

ALOR SETAR - Anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)akan ditugaskan bersama anggota polis...

Rockers Curi Hati Keeper Futsal Kebangsaan

TAHUN 2017 ini bagaikan ‘tahun penemuan cinta’ pagi ramai orang termasuk golongan selebriti sendiri.

Antara selebriti tempatan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun ini antaranya ialah Jep Sepahtu, Hazama, Sharnaz Ahmad, Nora Danish, Engku Emran dan ramai lagi.

Dengarnya seorang lagi selebriti yang merupakan gitaris kumpulan Kristal bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan.

Rody atau nama sebenarnya, Mohd. Rodi Baharudin, 31, dikatakan telah menebus ke ‘gawang hati’ gadis tinggi lampai, Niena yang merupakan penjaga gol futsal wanita kebangsaan.

Baru-baru ini sejak temasya Sukan SEA Kuala Lumpur, Nur Izwani Azman selaku penjaga gawang skuad futsal Malaysia semakin dikenali.

Raut wajahnya yang manis dan kakinya yang panjang itu telah berjaya mencuri tumpuan banyak mata yang memandang.

Takkan nak biar lama-lama kan, Rody pun apa lagi… Mulalah misi lamarannya. Kalau lambat, takut nanti ada yang ‘masuk line’ pula.

Sempoi habis cara Rody melamar Niena di Instagram. Ramai lelaki dekat luar sana gigit jari apabila dapat tahu Niena bakal mendirikan rumah tangga.

Netizen juga ramai yang memuji tindakan berani Rody kerana telah melamar gadis itu secara terbuka.

Fuh… Nasib baik Niena repost balik. Maksudnya terima lah ni ya?


“Dialah lelaki pertama yang benar-benar berani ‘melamar’ saya untuk lebih serius. Sebelum ini ramai yang hanya pandai cakap. Dia juga bukan lelaki yang jenis sweet talker atau suka mengayat,” ujar Nanie atau lebih mesra dipanggil Deqno kepada mStar Online.

Enam bulan perkenalan bukanlah masa yang singkat sebenarnya, tapi cukup untuk mereka mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke fasa yang seterusnya.

“Buat masa sekarang, saya dan dia dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing. Dan keluarga saya tahu kami berkawan rapat,” tambah Niena lagi.

Pinangan secara rasmi oleh ahli keluarga bakal diadakan dalam masa terdekat ini, jadi banyak persiapan perlu dilakukan oleh mereka berdua.

Dalam masa yang sama, Rody turut mengatakan bahawa mereka bakal mendirikan tangga pada tahun hadapan jika tiada halangan.

Orang lain bercinta heboh satu kampung, mereka berdua ni, nak kahwin baru orang tahu! Angin tak ada, ribuk tak ada, tiba-tiba dapat berita nak kahwin. Boleh jadi ‘ku pinangmu dengan sebiji bola’ tak?

Pada jejaka di luar sana, jangan sedih ya. Banyak lagi bunga yang masih belum berpunya. Pastikan belum ‘dicop’ orang, takut nanti lain padahnya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori