Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Beregu Negara Cipta Kejutan...

JAKARTA - Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mencipta kejutan menewaskan...

Polis Gagalkan Cubaan Seludup...

KUALA LUMPUR - Polis mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu ke luar negara...

Tiga Mati Dalam MPV...

BATU PAHAT : Tiga individu yang ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV)...

Factory Outlet Baharu Beroperasi...

ALOR GAJAH - Satu lagi pusat factory outlet dibuka di negara ini selepas...

Rosmah Sempurnakan Misi Pasca Banjir Utara

KUALA LUMPUR – Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyempurnakan acara pelepasan 400 sukarelawan Misi Pasca Banjir Utara 2017 di sini.

Majlis turut dihadiri Presiden Team Salute Malaysia Datuk Rizal Mansor selaku ketua misi.

Selain sukarelawan mewakili semua cawangan Pemuda UMNO, misi buat julung kali anjuran badan bukan kerajaan (NGO) itu selama tiga hari bermula hari ini disertai lima pakar perubatan yang diketuai Datuk Dr Alwi Abd Rahman.

Sementara itu, Rizal berkata sebanyak 110 kenderaan pacuan empat roda serta dua bas akan membawa kesemua sukarelawan serta barangan bantuan berupa makanan.

“Lima puluh kenderaan pacuan empat roda bertolak dari Kuala Lumpur, 30 buah lagi dari Alor Pongsu, Pulau Pinang dan 30 lagi di Kedah.

“Kesemua mereka akan menuju ke empat kawasan yang agak teruk dilanda banjir minggu lepas iaitu Alor Setar, Kubang Pasu, Pendang dan Kangar, Perlis,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan itu.


Menurut Rizal, sukarelawan terlibat akan dibahagikan kepada empat pasukan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di empat kawasan terjejas selain mengedarkan bantuan makanan seperti biskut, beras dan air mineral kepada mangsa.

Katanya, beliau terpanggil untuk mengadakan misi itu sebagai satu usaha tanggungjawab sosial korporat NGO itu dalam menjaga kebajikan mereka yang memerlukan bantuan. – BERNAMA

Kategori