Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol Naik 7...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik sebanyak tujuh...

Nuraina Humaira Ditemui Mati...

SUNGAI SIPUT - Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang ditemui mati di kawasan...

10 Kenderaan Parkir Rosak...

PUTRAJAYA - Sepuluh kenderaan yang diparkir di bahu jalan di kawasan belakang Kompleks...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak...

Ross Barkley: Antonio Conte Bakal Kecewa Lagi

SELEPAS usaha untuk mendapatkan bintang Arsenal, Alexis Sanchez tidak berjaya, Chelsea bakal kecewa lagi apabila seorang lagi pemain dalam radar Antonio Conte menolak untuk menyertai kelab itu.

Pemain Everton, Ross Barkley yang dikaitkan dengan Chelsea sebelum jendela perpindahan pemain ditutup mendedahkan dia lebih berminat untuk menyarung jersi Tottenham berbanding The Blues.

Barkley, 23, berkata dia bersedia meninggalkan Everton demi Spurs jika terma peribadinya dipersetujui.

Hijrah Ke Chelsea: “Tak Ada Pun,” Kata Ross Barkley

Menurut Joey Barton, The Blues hampir memuktamadkan perpindahan Barkley pada saat-saat akhir tetapi segalanya tidak seperti dirancang apabila Conte didakwa menutup telefon bimbitnya.

“Saya terdengar sesuatu yang menarik mengenai apa yang berlaku terhadap perpindahan Barkley.


“Conte menutup telefon bimbitnya dan wakil Barkley cuba menghubunginya,” kata bekas pemain Newcastle United itu kepada talkSPORT.

Barkley memutuskan untuk kekal bersama Everton selepas mendakwa tindakan Conte itu memberi gambaran seolah-olah pengurus The Blues tersebut sudah tidak berminat terhadapnya. – mStar Online

Kategori