Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Cukai: LHDN Buru Golongan...

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan melancarkan operasi pengauditan berhubung isu...

RM1.665 Juta Berjaya Dikumpul...

PUTRAJAYA – Majlis Makan Malam Amal Pakatan Harapan (PH) berjaya mengumpul dana sebanyak...

Nelayan Muda Hilang Ditemukan...

MUAR - Seorang nelayan muda yang dilaporkan hilang semasa mendirikan pondok ternakan kupang...

Keselamatan Mugabe, Keluarganya Adalah...

HARARE - Bakal presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa berikrar bahawa keselamatan bekas presiden,...

Rumah Rakit Warga AS Terkandas Di Sungai Limbang

MIRI – Rumah rakit seorang warga Amerika Syarikat dibawa arus deras pagi ini ketika dia menyusuri Sungai Limbang.

Namun Jonathan Wayne, 71, bernasib baik kerana rakitnya tanpa enjin itu tersangkut pada tongkang yang tenggelam dan sudah lama ditinggalkan di sungai di Kampung Limpaong pada pukul 8.03 pagi.

“Menyedari dia terkandas, dia lalu menghubungi talian 999 untuk meminta bantuan,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, Tawang Lingem ketika dihubungi.

Jonathan sedang mengelilingi dunia dengan menggunakan rakit dan ketika itu dalam pelayaran dari Limbang menuju Brunei.

Tawang berkata Jonathan mengendalikan rumah rakitnya dengan menggunakan dayung sambil mengambil gambar pemandangan di tepi sungai Limbang.


Dia kemudian meneruskan perjalanannya. – BERNAMA

Kategori