Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kamus Oxford Edisi Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pengguna media sosial tahu apa itu Twitter tetapi berapa ramaikah...

Kajian Semula Persempadanan Kebaikan...

KUALA LUMPUR - Usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan Kajian Semula Persempadanan bagi...

Tak Tahan Dicemuh, Sajat...

DENGAN ini, kita boleh tutup tentang kisah panas rumah tangga selebriti tanah air...

JDT Janji Beri Aksi...

JOHOR BAHRU - Kekecewaan layak ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) mahu diketepikan kelab...

“Rusia Beli Iklan Promosi Pilihan Raya AS”

WASHINGTON – Facebook Inc. berkata, sebahagian iklan yang dibeli Rusia pada tahun lalu mempromosikan acara ketika pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Ia sekali gus menunjukkan dakwaan campur tangan Moscow menjelang pemilihan 2016 itu turut membabitkan media sosial.

Facebook dalam kenyataan berkata, ia membuang apa yang disifatkan syarikat itu sebagai laman berkaitan Rusia termasuk menutup beberapa acara promosi.

Ia enggan mendedahkan butiran mengenai acara berkenaan.

Minggu lalu, rangkaian sosial terbesar dunia itu berkata, operasi berkemungkinan beribu pejabat di Rusia yang meletakkan ribuan iklan AS dengan pandangan mengenai topik seperti pendatang, perkauman dan hak gay di laman itu dalam tempoh dua tahun sehingga Mei 2017.

Senator Mark Warner kecewa dengan kegagalan Facebook menunjukkan maklumat terbaru itu ketika taklimat minggu lalu dengan kakitangan Jawatankuasa Perisikan Senat, yang menyiasat dakwaan campur tangan berkenaan.


“Kami melihat lebih banyak bukti iklan tambahan dan bagaimana ia digunakan untuk memanipulasi individu,” kata naib pengerusi jawatankuasa itu.

Facebook berkata, ia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa AS selagi perlu.

Presiden Vladimir Putin namun menafikan kerajaannya campur tangan dengan pilihan raya AS, yang menyaksikan kemenangan calon Republikan, Donald Trump, mengatasi pencabarnya dari Demokrat, Hillary Clinton. – Reuters/BH ONLINE

Kategori