KUALA LUMPUR – Saham Astro Malaysia Holdings Bhd di Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan awal pagi ini, disokong oleh prestasi kukuh separuh pertama berakhir 31 Julai, 2017, yang lebih kukuh.
Pada 11.21 pagi, kaunter berkenaan meningkat sembilan sen kepada RM2.72, dengan 2.17 juta saham bertukar tangan.
Dalam nota kajiannya hari ini, Kenanga Research mengekalkan saranan ‘berprestasi pasaran’ ke atas kaunter itu pada harga sasaran yang tidak berubah pada RM3.00, didorong aliran tunai.
“Walaupun pendapatan langganan kumpulan itu dijangkakan berhadapan cabaran pada masa depan, kekurangan itu dijangka diimbangi oleh pendapatan pengiklanan yang lebih tinggi,” katanya.
Keuntungan sebelum cukai Astro meningkat kepada RM608.716 juta bagi tempoh enam bulan pertama berakhir 31 Julai, 2017 berbanding RM448.985 juta pada tempoh yang sama pada 2016, hasil daripada kos kandungan yang lebih rendah berbanding jangkaan. – BERNAMA