KALAU sebelum ni semua kecoh tentang jantina Nur Sajat, sekarang kecoh pula pasal Sajat bengang ada individu yang tak bertanggungjawab telah membuat parodi terhadap gambarnya bersama dua orang anak angkatnya.
Amboi, nak bergurau pun ada had juga. Takde sampai macam tu sekali. Ini sampai dah menghina namanya ni. Bikin sakit hati Sajat saja lah!
Mungkin ada yang kenal dengan Pian Kpop yang kononnya menggelar dirinya sebagai ‘artis’ Malaysia pertama yang menjadi ahli kumpulan Kpop.
Pian juga popular dengan video parodi dan video kelakar di Facebook dan YouTube. Tapi kali ini, dah tak jadi kelakar kerana membawa padah pada dirinya sendiri!
Mana tidaknya, dia boleh buat ‘lawak’ dengan menggantikan wajah anak angkat Sajat kepada wajahnya sendiri.
Walaupun Sajat bukan ibu kandung kepada kedua kanak-kanak itu, namun sakit hati itu tetap dirasai olehnya.
Ekoran terlalu marah dengan perkara tersebut, Sajat terus memuat naik gambar tersebut di akaun Instagram miliknya dan memberi amaran kepada Pian.
Pengasas kosmetik Let’s Cantik itu juga menggelar Pian sebagai pelawak yang tiada kualiti kerana menjadikan anaknya itu sebagai ‘modal’ untuk membuat lawak hambar.
Jaga-jaga Pian. Sajat mungkin akan mengambil tindakan undang-undang di atas perbuatan tak bermoral anda ni. Jangan ingat Sajat akan berdiam diri je, salah orang lah nak gurau macam ni!
Datuk Aliff Syukri juga memberi respon terhadap isu yang sedang hangat di akaun Instagram Sajat itu. Malah, Aliff juga menyuruh Sajat supaya mengambil tindakan terhadap Pian.
Biasalah bila dah rasa diri tu lawak, mesti ada je yang tak kena dengan bahan lawak tu. Nak berlawak tu boleh, tapi jangan sampai menghina orang lain.
Kalau nak cakap pasal pelawak di Malaysia ni, memang ada je yang buat lawak tentang orang lain. Tapi masih ada batas. Kalau dah macam ni, macam tak ada batas je.
Tapi diharapkan Sajat dapat tenang dalam mengawal situasi seperti ini. Mungkin juga ini dugaan untuk Sajat yang bakal mengerjakan umrah pada hujung tahun ini. – MYENWSHUB.CC/Ainaa Hafizah