Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

MKN Tak Lantik Agensi...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi COVID-19...

Lanjut PKP Bergantung Kepada...

PUTRAJAYA - Keputusan sama ada Perintah Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau...

Catuan Air Di Melaka...

MELAKA - Pelan catuan air di negeri itu ditangguhkan kerana hujan lebat turun...

Tempuh Perjalanan 150km Demi...

KUANTAN - Seawal pukul 4 pagi, Afiq Haikal Mohd. Nazeri dan 10 rakannya...

Salmon Atas Tong Sampah, Sushi Mentai Cheras Ditutup

BEBERAPA hari lalu kecoh di laman sosial apabila video ikan salmon yang berada di atas tong sampah di sebuah restoran di Cheras tersebar.

Gambar dan video itu telah mendapat perhatian netizen apabila seorang pelanggan yang dikenali dengan nama Christy telah merakam insiden tersebut dan memuat naik rakaman itu ke laman Facebooknya.

Jelas sekali kelihatan beberapa keping ikan salmon diletakkan di atas tong sampah. Insiden ini dilaporkan terjadi di restoran Sushi Mentai cawangan Mahkota Cheras di Cheras.

Menurut Christy, ikan-ikan salmon itu diletakkan di atas tong sampah lebih daripada 10 minit sebelum ianya dialihkan ke atas meja untuk disedia dan dihidangkan.

Lebih memeranjatkan lagi apabila pekerja-pekerja itu membuang sampah ketika ikan salmon tersebut masih berada di atas tong sampah berkenaan.

Posting ini bukan sahaja telah berjaya mencuri perhatian netizen, malah pihak pengurusan Sushi Mentai juga ada menghubungi Christy dan memohon maaf kepadanya.

Menurut Sushi Mentai, mereka akan menutup cawangan Mahkota Cheras dan kerja-kerja pembersihan akan dijalankan. Mereka juga akan menghantar pekerja-pekerja cawangan tersebut untuk latihan semula sebelum kembali beroperasi.


Namun, ada netizen yang mempersoalkan bagaimana standard operating procedure (SOP) di franchais ini dijalankan. Hal ini kerana terdapat pekerja yang hanya memakai kasut crocs semasa berada di dapur.

Ramai juga netizen yang tertanya-tanya bagaimana restoran ini boleh mendapat gred A untuk Sijil Penarafan Kebersihan Premis Makanan dengan keadaan kebersihan yang tidak dijaga.

Diharapkan semua restoran mahupun kedai makan mematuhi garis panduan kebersihan yang ditetapkan supaya makanan yang dijual tidak tercemar.

Kepada anda yang gemar makan di luar, pastikan kedai dan restoran itu bersih supaya keracunan makanan dapat dielakkan. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori