Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Klinik Desa Rosak Akan...

KUALA LUMPUR - Klinik desa yang rosak akibat banjir buat permulaan akan beroperasi...

Pelantikan Perdana Menteri Kesembilan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah,...

Neelofa, Suami Tak Didakwa...

NILAI - Pejabat Peguam Negara membuat keputusan tidak mengenakan tuduhan rentas negeri terhadap...

Warisan Tak Iktiraf Kerajaan...

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak mengiktiraf kerajaan Sabah yang dibentuk...

Sambutan Hari Kebangsaan Arab Saudi

RIYADH – Kira-kira 1.5 juta warganegara Arab Saudi bakal memeriahkan pelbagai acara yang diadakan selama empat hari di 17 bandar di seluruh negara, sempena sambutan Hari Kebangsaan negara itu, hari ini.

Majlis sambutan besar-besaran anjuran Pihak Berkuasa Hiburan Umum sempena ulang tahun ke-87 penubuhan Arab Saudi itu sebahagian daripada Wawasan 2030 kerajaan yang dilancarkan dua tahun lalu.

Antara lain, ia bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi negara, selain daripada minyak dan memperkenalkan sektor baharu, sekaligus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.

Selain itu, sambutan itu juga diharap meningkatkan semangat kebangsaan dalam kalangan warga Arab Saudi dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Yang turut diadakan, konsert yang menampilkan 11 pemuzik bangsa Arab di Jeddah, selain pertunjukan bunga api, akrobatik udara dan persembahan tarian tradisional rakyat tempatan.


Dalam pada itu, Wawasan 2030 turut menyasarkan usaha untuk menarik sehingga satu perempat daripada AS$20 bilion (RM83.58 bilion) wang dibelanja rakyat Arab Saudi di luar negara untuk menyaksikan pelbagai pertunjukan dan mengunjungi pelbagai taman tema, khususnya di Dubai.

Semua pertunjukan yang diadakan sepanjang sambutan Hari Kebangsaan percuma. – Reuters/BH Online

Kategori