Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Murid P’puan Orang Asli...

SEORANG murid Tahun 4 berketurunan Orang Asli dari suku kaum Temiar dilaporkan telah diikat, dipukul...

Julia Perez Mengamuk Di...

Seperti dilaporkan sebelum ini, selebriti sensasi Julia Perez nekad mendapatkan anak melalui proses tabung...

BN Kedah Tak Tergesa-Gesa...

SUNGAI PETAN - Barisan Nasional (BN) Kedah tidak mahu tergesa-gesa dalam menyediakan manifesto...

Potongan Gaji Berjadual Galak...

KUALA LUMPUR - Lima langkah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung...

Sami Radikal Ketuai Serangan Rohingya Di Sri Lanka

COLOMBO – Sekumpulan sami Buddha radikal menyerang sebuah rumah perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhampiran ibu kota Sri Lanka semalam dan memaksa pihak berkuasa memindahkan mereka, kata pihak berkuasa.

Seorang pegawai polis berkata, serangan diketuai kumpulan sami berpakaian kuning yang bertindak merobohkan pagar dan memanjat dinding bangunan bertingkat itu sambil pelarian ketakutan bersembunyi dalam bilik.

“Kami berjaya menghalang samseng terbabit dan kumpulan pelarian akan dipindahkan ke tempat lebih selamat,” kata pegawai yang enggan dikenali kepada AFP.

Seramai 31 pelarian Rohingya itu diselamatkan tentera laut Sri Lanka Mei lalu selepas ditemui hanyut dalam bot di perairan utara pulau itu.

Pegawai berkata, mereka akhirnya akan ditempatkan semula di negara ketiga dan dibenarkan berada di Sri Lanka sementara menunggu dokumen diproses.


Sementara itu, serangan sami terbabit dirakam Pasukan Kebangsaan Sinhalese yang radikal ketika dia menggesa orang ramai menyertainya untuk memusnahkan bangunan terbabit.

“Ini pengganas Rohingya yang membunuh sami Buddha di Myanmar,” kata sami itu dalam tulisan secara langsung di Facebook, menuding ke arah seorang wanita Rohingya sedang mengendong anaknya. – AFP/BH ONLINE

Kategori