Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Maria Chin Ditahan Bagi...

KUALA LUMPUR - Penahanan penganjur perhimpunan Bersih 5,  Maria Chin Abdullah dibawah Akta...

Menteri Air Tak Berani...

KUALA LUMPUR - Mengapa Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A Xavier...

Polis Buru Pencuri Larikan...

LONDON - Polis di sini melancarkan gerakan bagi memburu pencuri yang memecah masuk...

Bekalan Air Di 13...

Kuala Lumpur : Bekalan air di 13 kawasan di sekitar ibu negara yang...

SAR Pelajar Tahfiz Jatuh Sungai Perak Disambung

PARIT – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar Maahad Tahfiz berumur 13 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perak pagi tadi akan disambung semula pukul 8 pagi esok.

Mangsa, Nik Aiman Nik Abdul Malik pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama Lambor Kanan dipercayai tergelincir ketika memancing bersama rakannya sebelum hilang dibawa arus kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata usaha pencarian yang bermula pukul 10 pagi tadi dihentikan pada pukul 6.30 petang berikutan hujan dan keadaan cuaca yang gelap.

“Operasi mencari dan menyelamat melibatkan kira-kira 36 anggota pelbagai jabatan termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) selain orang awam,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Affendi Ahmad, berkata dua bot pasukan itu dengan dibantu tiga bot orang awam digunakan dalam operasi mencari mangsa.


Beliau berkata operasi pencarian turut diperluaskan dalam jarak satu kilometer dari lokasi mangsa terjatuh. – BERNAMA

Kategori