Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

“Insiden Mata Lebam Anwar...

TEGAS... Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata peristiwa 'mata lebam' Datuk Seri Anwar...

Penyelamat Syria Menangis Dapati...

DAMSYIK - Wajahnya basah dek titisan air mata ketika merangkul seorang bayi berusia...

Korea Selatan Terus Tingkat...

SEOUL (Korea Selatan) - Rantau ASEAN, yang stabil dan makmur, menarik perhatian dunia...

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada...

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan IHH...

“Saya Akan Gelak Bila Tengok Dia” – Zahiril Adzim

SERING kali kita mendengar kisah selebriti yang bertemu jodoh dengan golongan selebriti juga.

Pasangan selebriti yang kedua-duanya terlibat dalam dunia lakonan akan kelihatan lebih serasi dan tidak kekok jika mereka bersama-sama digandingkan untuk berlakon dalam sesebuah drama mahupun filem.

Kini, pelakon watak Daim dalam drama Juvana, Zahiril Adzim dikatakan sedikit kekok apabila dia digandingkan dengan isterinya sendiri, Shera Ayob ketika berlakon dalam drama bersiri, Perempuan Paling Bahagia.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada November 2011 yang lalu dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Nadi Anaqi.

Mengakui bahawa dirinya bukan seorang lelaki yang romantik dan ketika dia digandingkan dengan Shera telah membuatkan dirinya berasa sedikit kurang selesa dalam sesetengah babak lakonan itu.

“Jujurnya ia pengalaman sukar apabila perlu berlakon dengan Shera kerana status kami sebagai suami-isteri. Apabila pandang wajahnya pun saya rasa hendak ketawa apatah lagi bila ada babak romantik.

“Sebelum dan selepas berkahwin pun bukanlah kami romantik sangat jadi rasa macam ‘poyo’ pula,” katanya dipetik daripada portal mStar online.

Dalam masa sama, Zahiril berkata, dia berminat dengan tawaran itu kerana kali terkahir mereka bekerjasama menerusi drama lakonan adalah ketika drama Juvana, beberapa tahun yang lalu.

Tambah Zahiril lagi, walaupun dia berasa kekok, namun gandingan mereka bersama itu telah memberi banyak kemudahan melalui watak lakonan.

Ini terutamanya isu bersentuhan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim memandangkan mereka memang pun mempunyai ikatan yang sah.


“Di sebalik rasa kekok tetapi lama kelamaan ia jadi mudah terutama apabila melibatkan adegan memerlukan kami bersentuhan.

“Kebetulan pihak Astro Oasis memang cari pasangan pelakon suami-isteri jadi ia memudahkan. Kadang-kadang kami berbincang mengenai watak sampai ke rumah tetap nasib baik tidak terbawa-bawa,” ujarnya lagi.

Drama Perempuan Paling Bahagia itu sedang ditayangkan di saluran Astro Oasis pada setiap Isnin hingga Rabu pada jam 9 malam.

Zahiril mengatakan bahawa drama itu merupakan sebuah kisah yang menarik kerana telah mengangkat isu mengenai ibu susuan.

Dia yakin bahawa penonton juga akan mendapat banyak manfaat daripada jalan cerita tersebut seperti dirinya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori