BAGI memastikan anak-anak mendapat pendidikan sewajarnya, setiap ibu bapa di dunia ini pasti sanggup berkorban apa saja demi kebaikan masa depan anak-anak.
Tidak terkecuali ibu muda ini, untuk mencapai impian anaknya mendaftar di sekolah yang dikehendaki, dia sanggup meletakkan maruahnya sebagai taruhan.
Dalam satu rakaman yang tular di media Indonesia, wanita yang hanya dikenali sebagai Ida memberi amaran bahawa dia akan bertelanjang bulat di hadapan pintu gerbang Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 12 Tangerang Selatan, Banten.
Tindakan itu adalah sebagai tanda protes sekiranya pihak jawatankuasa pendaftaran pelajar baru di sekolah berkenaan menolak permohonan kemasukkan anaknya.
“Saya bersedia untuk bertelanjang bulat di hadapan pintu gerbang SMP.
“Tapi saya akan cukur bulu kemaluan saya dulu sebelum berbogel,” tambah Ida tanpa segan dengan nada serius di hadapan beberapa orang lelaki.
Difahamkan, wanita berkenaan amat kecewa dengan sistem baharu pengambilan pelajar yang mula dipraktikan oleh sekolah berkenaan.
Bagaimanapun, niat melampau wanita itu yang dianggap tidak masuk akal menerima kecaman hebat di kalangan netizen negara jiran kerana dianggap sesuatu yang memalukan dan menjatuhkan maruah wanita Islam.
Di Indonesia, kemasukkan pelajar baharu di sekolah-sekolah ternama adalah sukar ekoran wujud persaingan di kalangan pelajar cemerlang, ditambah pula jumlah institusi pendidikan yang diklasifikasi sebagai ‘baik’ adalah begitu sedikit. – MYNEWSHUB.CC