Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengajar Sekolah Memandu Didenda...

JOHOR BAHARU - Seorang pengajar sekolah memandu didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di...

Bapa Mengaku Bunuh Anak...

SEORANG bapa mengaku bersalah atas dakwaan membunuh anak perempuannya menggunakan pemukul kayu besbol...

Kayveas Sah Dilucutkan Jawatan...

KUALA LUMPUR – Tan Sri M. Kayveas sah dilucutkan jawatan Presiden MyPPP dan...

Islam Larang Hubungan Seks...

KUALA LUMPUR - Meskipun Islam mewajibkan suami dan isteri menunaikan kehendak seks pasangan...

Sebab Ubat Gigi, Wanita Ditahan Ancam Suami

SINGAPURA – Seorang wanita berusia 41 tahun ditahan pada Isnin lalu kerana mengancam suaminya menggunakan gunting, selepas satu pertengkaran disebabkan ubat gigi.

Polis memberitahu The Straits Times bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai jenayah ancaman di sebuat unit di Blok 447, Hougang Avenue 10 pada pukul 8.53 pagi.

Menurut laporan Shin Min Daily News, wanita itu dikenal pasti sebagai Yu Hong Hong, seorang warga Cina yang baru-baru ini diberikan kewarganegaraan Singapura.

The Straits Times difahamkan pertengkaran berlaku apabila pembantu pasangan itu yang merupakan warga Myanmar meminta kebenaran suami Hong Hong sekiranya dia boleh menggunakan ubat gigi mereka.

Suaminya memberi kebenaran bagaimana Hong Hong tidak gembira dengan keputusan itu, sebelum didakwa memarahi dan menampar pembantu rumahnya.

Hong Hong kemudian mendekati suaminya sambil memegang gunting dan mengancamnya.


Suaminya bagaimanapun menolaknya. Hong Hong kemudian menghubungi polis, tetapi ditahan kerana melakukan jenayah ancaman.

Menurut Shin Min, wanita itu dibebaskan dengan ikat jamin.

Siasatan berhubung insiden sedang berjalan. – The Straits Times/Asia News Network/mStar Online

Kategori