Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Merpati Diguna Pantau Pencemaran...

LONDON - Kawanan burung merpati merupakan suatu pemandangan yang biasa dilihat di bandar-bandar...

Mayat Wanita Ditoreh Pipi...

KUALA LANGAT - Mayat seorang wanita tempatan dipercayai dibunuh dengan kesan cedera di...

LHDN Beri 6 Bulan...

SEBELUM ini nama aktor Shaheizy Sam menjadi perhatian media berikutan namanya tersenarai dalam...

Sebilangan Penduduk Kulai Terjejas,...

JOHOR BAHRU - Sebilangan penduduk di daerah Kulai semalam terjejas apabila kawasan kediaman...

Sebutan Semula Kes Rompak 2 Guru Taska 19 Oktober

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen Ampang menetapkan 19 Oktober untuk sebutan semula kes dua sahabat yang didakwa melakukan rompak bersenjata, rogol dan persetubuhan luar tabii terhadap dua guru taska, yang tular di laman sosial, Julai lepas.

Hakim Syafeera Mohd Said dan Hakim Azrul Darus menetapkan tarikh itu selepas kes disebut di hadapan mereka dalam prosiding sebutan semula bagi serahan dokumen, di sini hari ini.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memaklumkan dokumen berkaitan kes itu termasuk laporan kimia masih belum diterima.

Peguam Azra Kamarudin yang mewakili kedua-dua tertuduh tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Pada 7 Ogos lepas, Erza Iwan Ni @ Nirman, 34, dan Aza Nizam Abd Razak, 40, kedua-duanya penarik kereta mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan atas pertuduhan melakukan rompak bersenjata, rogol dan persetubuhan luar tabii terhadap dua guru taska.


Erza Iwan dan Aza Nizam didakwa bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan terhadap dua mangsa berusia 20 tahun sembilan bulan dan 18 tahun sembilan bulan dengan menggunakan senjata iaitu sebilah pisau dan merampas harta dalam kawalan iaitu telefon bimbit, sebuah televisyen, bateri telefon bimbit dan wang tunai RM300 yang kesemuanya berjumlah RM1,320 di sebuah taska di Pandan Indah, di sini pada 4.30 pagi, 14 Julai lepas.

Mereka turut didakwa merogol kedua-dua mangsa di tempat, waktu dan tarikh yang sama dan Erza Iwan turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah dengan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa yang berusia 20 tahun sembilan bulan tanpa kerelaannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama. – BERNAMA

Kategori