Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Tun Dr Mahathir Lawat...

BANGKOK – Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad akan melawat Thailand pada...

Pekerja Hospital Patah Mayat...

ORISSA - Satu video menunjukkan pekerja hospital mematahkan mayat seorang wanita tua supaya...

ICQS Pengkalan Kubor Meriah,...

TUMPAT : Menjelang sambutan Aidiladha yang bakal disambut esok, keadaan di Kompleks Imigresen,...

Kes Rasuah RM1 Juta:...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes rasuah RM1 juta yang dihadapi bekas Menteri Wilayah...

Seleweng RM40j: Datuk, 2 Individu Bebas Reman SPRM

PUTRAJAYA – Ketua Eksekutif sebuah perbadanan bergelar Datuk dan dua individu lain yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM40 juta dibebaskan hari ini.

Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor memerintahkan ketua eksekutif berumur 58 tahun dan setiausaha perbadanan berumur 34 tahun itu, masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan dua orang penjamin.

Seorang lagi iaitu pengarah syarikat berumur 38 tahun dibebaskan dengan jaminan tunai RM28,000 dengan dua penjamin.

Pada 13 September, SPRM menahan empat individu bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana kerajaan berjumlah RM40 yang disalurkan kepada sebuah perbadanan kemahiran bagi tujuan program latihan kemahiran khusus untuk mereka yang tiada pekerjaan.

Sebelum ini, media melaporkan keempat-empat suspek didakwa menyeleweng RM25 juta pada tahun ini dan RM15 juta pada tahun lalu. – Bernama

Kategori