Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Khabar Buruk Yang Jaja...

KALAU dengar cakap auta dan cerita putar belit yang dijual merata-rata oleh puak...

Warga Emas Maut Kereta...

KUANTAN - Seorang lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam...

Khalid Saman Hassan Berhubung...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad memfailkan saman terhadap...

Lelaki Gila!! Lakukan Oral...

Romania – Lelaki ini sememangnya gila dan sakit jiwa. Apa tidaknya dia melakukan...

Seludup: Nelayan Disaran Jadi Mata, Telinga JKDM

TANJUNG DAWAI – Golongan nelayan disaran menjadi ‘mata dan telinga’ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam usaha menyekat aktiviti penyeludupan ke negara ini menerusi kawasan perairan.

Pengarah Kastam Negeri Kedah, Datuk Johari Alifiah berkata, walaupun tiada lokasi tertentu yang dikesan sebagai pusat aktiviti penyeludupan, namun jalan laut adalah antara laluan pilihan untuk menyeludup barang terlarang.

“(Individu) yang biasa dengan laut adalah nelayan, justeru kami berharap agar mereka dapat menjadi mata dan telinga JKDM bagi menyekat aktiviti penyeludupan di negara ini, khususnya di Kedah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog di Kompleks Pangkalan Marin Kastam Tanjung Dawai, di sini, hari ini.

Menurutnya, selain nelayan, penglibatan masyarakat setempat dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan juga amat dialu-alukan JKDM.

“Kami mempunyai pangkalan marin yang beroperasi di Tanjung Dawai, dan penduduk sekitar boleh berurusan pada bila-bila masa dengan JKDM, jika ada maklumat yang ingin disalurkan,” katanya.

Sementara itu, katanya, sesi dialog terbabit yang berlangsung kira-kira dua jam itu, turut melibatkan beberapa pihak termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), persatuan nelayan kawasan, persatuan penternak ikan dalam sangkar dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ.


“Kami memberi pencerahan kepada mereka mengenai tugas JKDM termasuklah hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang bagi mencegah aktiviti penyeludupan bahan terlarang seperti rokok dan minuman keras.

“Selain itu, ada beberapa isu yang turut dibangkitkan termasuklah berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP), yang akan diteliti dan diambil langkah sewajarnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori